Seni & Sukan 15 Aug, 2022

Video| Fafau angaukan Anuar Zain? Ada pertemuan sweet! Peminat, rakan doakan mereka bertemu jodoh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


KONSERT bertenaga dua beradik, 'Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022' di Dewan Pleanary, KLCC pada 6 Ogos 2022 lalu disaksi oleh sekitar 2,800 penonton dan antaranya sejumlah selebriti.

Dan antara selebriti yang datang menyaksikan ialah penyampai radio popular, Fara Fauzana, lebih dikenali sebagai Fafau.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Fara Fauzana



"Saya dah belajar untuk relaks sebab tau ramai yang suka cewaahh walaupun dalam hati geramnya aku," kata Fafau, yang mencuri perhatian warganet dan rakan selebriti selepas memuat naik video 'sweet' bersama penyanyi legenda, Anuar Zain dalam laman Instagramnya

Dalam video itu,Fafau berkongsi suasana manis bertemu Anuar Zain selepas konsert berlangsung.

Menerusi entri itu, dapat dilihat Anuar Zain memanggil nama Fara Fauzana yang membuatkan penyampai radio itu 'angau'. Fafau turut bergambar dengan ibu bapa Anuar iaitu Zain Abdullah, 85, dan Robiah Abdul, 70-an.


Dalam ruangan komen, pelbagai reaksi daripada netizen dapat dilihat dan kebanyakannya mendoakan agar Fafau bertemu jodoh dengan adik kepada penyanyi dan pelakon Ziana Zain itu.


Sementara sejumlah rakan artis turut merestui jika Anuar dan Fafau meneruskan hubungan sebagai kekasih kemudian sebagai pasangan hidup.


"Alhamdulillah... Kak Iti doakan.. Kak Iti doakan...," tulis penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Sementara itu, Anuar Zain turut meninggalkan komen "LOVE You Fafau..." di bawah posting berkenaan.


Anuar dan Fafau sudah terlajak usia untuk berkahwin. Anuar berusia 52 tahun pada 15 Februari 2022, sementara Fafau sudah berusia 42 tahun pada 7 Februari 2022.
Dalam satu wawancara sekitar April 2022, ketka ditanya soal jodoh, Fafau menyatakan berminat lelaki seperti Anuar Zain. Ia menjadikan dua selebriti ini sesuai untuk dijodohkan. - KitaReporters

12
11
0
12
0
You will be interested