Seni & Sukan 28 Apr, 2025

Video| Semoga Jeffrydin terus sihat walafiat! Ramai terkejut lihat wajah terkininya! Nampak sembap!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. đź“§: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Ada sesetengah orang, makin berusia makin kurus. Ada sesetengah orang pula, makin berusia makin berisi. Tak kisahlah kurus atau berisi, yang penting sihat. 

Macam penulis sendiri makin berusia makin kembang. Masa muda, kurus macam tiang elektrik sehingga ramai orang sekeliling cakap penulis tak cukup makan. Cuma sekarang ini tengah gigih menurunkan berat badan atas faktor kesihatan.

Usia antara faktor utama mengubah penampilan (fizikal) seseorang. Tiada siapa yang mampu lari daripada dimamah oleh usia. Itu adalah kitaran hidup semula jadi manusia. 

Ada sesetengahnya beruntung kerana memiliki wajah yang tidak dimakan usia. Itu namanya rezeki!


Wajah terkini Jeffreydin yang kelihatan sembap.


Begitulah yang berlaku ke atas penyanyi terkenal satu ketika dulu iaitu Datuk Jeffreydin atau nama penuhnya Raden Jeffrydin Raden Imbromsoekaman. 

Pada 18 Jun 2025 nanti genap umur beliau 78 tahun. Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh ini masih lagi sihat dan mampu menyanyi.

Ketika zaman mudanya, beliau antara penyanyi lelaki yang mempunyai rupa paras menawan. Walaupun zaman kegemilangannya sudah berlalu, namun beliau masih lagi dijemput untuk mengadakan persembahan.



Pada 26 April 2025 lalu, beliau menjadi salah seorang penyanyi jemputan di majlis rumah terbuka Woodlands Town Hari Raya Open House dan Gema Syawal 2025 yang diadakan di Singapura.

Dalam video promosi yang dikongsi dalam TikTok milik Our Woodlands Community, kelihatan keadaan terkini pelantun lagu Mas Nona yang kelihatan masih sihat. 

Namun yang mengejutkan, keadaan wajahnya kelihatan berisi dan berbeza ketika zaman mudanya telah menarik perhatian ramai.



“Muka dah lain! Bukan macamnya!” tulis salah seorang netizen.

Namun begitu, ramai mendoakan agar penyanyi kesayangan mereka itu diberi kesihatan yang baik. 

“Waalaikumussalam. Semoga datuk sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat selalu,” tulisnya. 





Manakala ada juga yang menebak penyanyi tersebut tidak sihat dan sebab itulah mukanya kelihatan sebegitu.

“Yang mengadu muka lain tu, mungkin dia sakit. Macam mak ayah kitalah, muka jadi sembap semua tu. Tiada yang pelikpun,” tegasnya.

Semoga penyanyi kesayangan ramai ini terus diberikan kesihatan berpanjangan. 

Sebagai penyanyi, selagi dihargai dan mempunyai kudrat, selagi itulah mereka akan terus menghiburkan peminat. Tanpa peminat, siapalah mereka. - KitaReporters


4
7
0
11
0
You will be interested