Mendengar lirik dan melodi sesebuah lagu boleh memberi kesan mendalam dan tersentuh hati terhadap individu tertentu.
Sebagai salah seorang penyanyi popular di bawah naungan syarikat rakaman EMI, Datuk DJ Dave,77, turut diberi peluang merakamkan lagu bertema hari raya pada tahun 1977 walaupun ketika itu dia masih bukan Islam.

DJ Dave tertarik dengan melodi dan lirik lagu itu dan mendorong dia mengenali Islam dengan lebih mendalam melalui keluarga angkatnya di Kampung Baru. Kuala Lumpur serta beberapa kawan Melayu.
Daripada nama asal Dhammi Jagjit a/l Sukhdev, dia menukar kepada Irwan Shah Abdullah, namun mengekalkan nama komesialnya DJ Dave.

DJ Dave turut merakamkan lagu ‘Senandung Hari Raya’ Bersama Rosemaria Abd Hamid dan Gaya Zakry ciptaan Ooi Eow Jin dengan lirik Haron Abdul Majid.

Bagaimanapun setelah 48 tahun merakamkan lagu 'Menjelang Hari Raya' DJ Dave merakam lagu baharu bertema Hari Raya, berjudul 'Meriah Syawal' dengan melodi, lirik ciptaannya sendiri dan menggunakan suara sejumlah kanak-kanak sebagai latar.
Lagu 'Meriah Syawal' membawa kehangatan, nostalgia dan rasa kebersamaan. Ia boleh ditonton dalam saluran YouTube DJ Dave mulai malam Jumaat 28 Mac 2025. - KitaReporters