Seni & Sukan 11 Jun, 2025

Video| Usamah mampu pecah dominasi Syamsul, Syafik? Ejen Ali 2 kutip RM50.7j! Hampiri sasaran RM60j!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Ketika filem Ejen Ali The Movie (EATM2) belum ditayang kepada umum, kebanyakan anggota masyarakat tidak begitu yakin filem EATM2 akan dapat mengatasi kutipan ‘abangnya’ ‘Ejen Ali The Movie’ (EATM) sebanyak RM30 juta pada tahun 2019 dan ‘Mechamato The Movie’ pula sebanyak RM35.1 juta pada 2022.

Namun pengarahnya, Muhammad Usamah Zaid Yasin, 41, yakin filem EATM2 yang berkisar ejen perisikan remaja ini mampu mencapai sasaran RM60 juta.

Usamah mempunyai keyakinan itu berdasarkan kualiti filem animasi ini yang dibuat dengan teliti dalam semua aspek pembikinan bagi membolehkan EATM2 disukai bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan golongan dewasa meliputi kaum ibu bapa dan golongan muda.

Dan pengarah yang juga Ketua Pegawai Esekutif (CEO) WAU Animation ini mengambil langkah bijak bekerjasama dengan Primeworks Studios dalam menghasilkan EATM2.

Primeworks Studio melalui syarikat induknya Media Prima telah melakukan tugas berkesan dalam aspek promosi melalui pelbagai stesen radio, TV dan media sosial miliknya.


/


Dengan kempen promosi selepas musim cuti sekolah diteruskan membuat ramai kanak-kanak, golongan muda dan kaum ibu bapa berminat untuk menonton EATM2, malah ada yang ingin menonton buat kali kedua di pawagam.

Hasilnya, baru memasuki 18 hari tayangan EATM2 telah memungut RM50.7 juta dan ditonton 3 juta orang. Ini adalah satu pencapaian luar biasa.

Menghasilkan filem animasi boleh mendapatkan penonton berangkaian dalam satu masa tayangan. 

Bagi satu keluarga mempunyai sekurang-kurangnya tiga penonton berangkai iaitu ibu bapa dan si anak. Dan berangkainya akan lebih panjang jika satu keluarga mempunyai ramai anak.

Usamah melalui EATM2 juga telah memecahkan dominasi filem-filem arahan anak-anak Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafik.

Jika EATM2 berjaya mencecah kutipan RM60 juta, ia mengatasi kutipan ‘Sheriff: Narko Integriti’ yang mengutip RM59,449,159 (mengikut Wikipedia).

Saham Usamah kini semakin mahal dan menjadikan dia sebagai pengarah generasi baru yang disegani.

USAMA ZAID YASIN

Filem EATM2 dijangka akan memberi impak besar apabila ditayang di rantau Asia Tenggara pula. Selepas ditayang di Brunei Darussalam, ia akan menyerang Singapura, Indonesia dan Kemboja dalam waktu terdekat.

Dan tidak mustahil EATM2 akan mengancam pasaran global. Filem animasi lebih senang untuk dipasar secara global berbanding filem-filem yang dilakon manusia. - KitaReporters

17
9
0
12
0
You will be interested