Seni & Sukan 01 Jul, 2025

Video| Ingat anak dara, rupanya janda 3 kali! Pengantin lelaki mengamuk! Mas kahwin, hantaran mahal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Majlis perkahwinan rumah pengantin wanita di Dusun Sangkor, Desa Bakan, Kecamatan Janapria, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia pada Selasa, 24 Jun 2025 pada mulanya berlangsung meriah. Para tetamu datang silih berganti.

Namun di pertengahan majlis Nyongkolan, iaitu tradisi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan ikut adat Sasak di Lombok, telah berlaku kekecohan. 

Ia bukan dilakukan oleh tetamu, sebaliknya ‘amukan’ itu dilaku oleh pengantin lelaki dan beberapa angggota rombongannya.



Ia kerana pengantin lelaki bernama Rodi Handika baru mengetahui bahawa Nurdiana yang sudah dinikahnya bukanlah anak dara seperti yang diimpikan. 

Sebaliknya sudah berkahwin sebanyak tiga kali dan Rodi adalah suami keempatnya. Nurdiana mengaku masih perawan ketika dilamar dan pihak keluarga Nurdiana mengiyakannya. 

Lalu Rodi bercadang untuk menceraikan Nurdiana.



Pihak lelaki tidak membantah jumlah mas kahwin dan barangan hantaran yang dipinta yang dikira agak mahal di Lombok. 

Rodi memberikan mahar (mas kahwin) dan wang pisuke (wang hantaran) kepada Nurdiana sebesar 20 gram emas dan Rp60 juta (kira-kira RM15,500).

Wang pisuke dalam konteks budaya suku Sasak di Lombok adalah sejumlah wang atau barang yang diberikan oleh pihak lelaki  kepada pihak perempuan sebagai sebahagian daripada tradisi perkahwinan.


Rodi Handika berasal dari Dusun Batu Sambak, Desa Montong Tangi, Kecamatan Sakra Timur, Lombok Timur. Rodi dan Nurdiana sah sebagai suami isteri setelah majlis akad akad berlangsung di pejabat agama setempat sehari sebelumnya.

Seterusnya mereka ke rumah pengantin wanita untuk majlis resepsi yang dipanggil Nyongkolan. Pada mulanya majlis berjalan lancar dengan para tetamu datang silih berganti.

Rodi datang bersama rombongannya dan mereka mendapat maklumat daripada beberapa tetamu yang menyatakan Nurdiana sudah berkahwin tiga kali sebelum ini. 

Merasa dirinya tertipu, Rodi mengamuk pada majlis itu disertai beberapa anggota rombongan. Ia menjadikan majlis itu kecoh. 

Nurdiana yang mengetahui punca kekecohan itu terus pengsan. 



Majlis sudah selesai beberapa hari, namun peristiwa itu terus menjadi bahan perbincangan orang ramai. Dan ia tular setelah situasi itu dimuat baik dalam beberapa media sosial di Indonesia.



Rodi bercadang untuk menceraikan Nurdiana di samping meminta dikembalikan mas kahwin dan wang pisuke yang telah diberi.

Rodi yang bekerja di Jepun bercinta secara jarak jauh dengan Nurdiana sejak beberapa tahun dahulu dan telah memberi belanja bulanan ketika bertunang.

Justeru Rodi begitu kecewa apabila ditipu sedemikian. Dan pihak berwajib tidak mengemas kini data mengenai Nurdiana menyebabkan dia boleh mengaku masih dara. - KitaReporters

11
14
0
16
0
You will be interested