Kelab bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menegaskan bahawa dakwaan mengenai pasukan itu tidak akan beraksi dalam Liga Malaysia musim hadapan adalah tidak benar. Perkara ini telah menjadi tular dalam media sosial, namun ia bukanlah keputusan rasmi daripada pihak kelab.
Pengerusi KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, dalam satu kenyataan media, menjelaskan bahawa pihak pengurusan sentiasa berhubung dengan pengendali liga, Liga Bola Sepak malaysia (MFL) untuk memenuhi dan mencukupkan segala keperluan Perlesenan Kelab dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kelab (Club Licensing Body) MFL.
Dr. Mohd Daud Bakar
"Kita tidak pernah ada niat untuk membubarkan pasukan dan kita juga tidak pernah menghantar apa-apa surat yang berkaitan memberi gambaran bahawa kita ingin meninggalkan Liga Malaysia," tegasnya.
Beliau juga menegaskan bahawa KDA FC akan terus berjuang dan berusaha untuk kekal bersaing dalam Liga Super pada musim hadapan (20250-2026) dan percaya bahawa usaha serta perjuangan adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa.
Kenyataan ini, katanya, dikeluarkan bagi memberikan pencerahan serta keyakinan kepada penyokong setia Hijau Kuning Sang Kenari.
Dr. Mohd Daud turut berharap agar semua pihak dapat terus menyokong pasukan dan mendoakan yang terbaik buat KDA FC. - KitaReporters
Tags: