Pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes memastikan pasukannya mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 lebih awal selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Uruguay pada 29 November 2022.
Aksi kedua peringkat Kumpulan H yang diadakan di Stadium Lusail itu berlangsung dengan permainan berbalas serangan untuk mendapatkan jaringan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia
Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan biarpun Uruguay mempunyai banyak percubaan ke kubu lawan.
Barisan hadapan Uruguay lebih banyak melakukan gerakan tetapi barisan pertahanan Portugal dapat menghalang setiap gerakan serta percubaan mereka.
Perlawanan juga dilihat sedikit tegang dan banyak kekasaran terutama daripada pemain Uruguay. Namun pengadil perlawanan berjaya mengawal permainan daripada berlaku sebarang pergaduhan.
Separuh masa kedua, masing-masing melakukan perubahan taktikal dan perubahan itu memberi impak positif kepada Portugal.
Banyak gerakan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan terutama larian daripada Cristiano Ronaldo.
Jaringan Bruno pada minit ke-54 dan sepakan penalti pada masa kecederaan sudah cukup bagi mereka mengutip tiga mata penting.
Portugal menepati ramalan awal untuk layak ke pusingan kedua tanpa perlu hadapi laluan getir pada peringkat kumpulan. Uruguay pula masih berpeluang untuk layak namun wajib menang ke atas Ghana.
Tekanan lebih kepada Uruguay kerana mereka baru memungut satu masa sementara lawan mereka dalam aksi terakhir nanti sudah memiliki tiga mata. - KitaReporters