Seni & Sukan 16 Oct, 2024

Video| Apa AM? Apa PM? AM:PM judul album kedua Amir Masdi! Tampil jadi pencipta lagu dan penerbit!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this



Melihat pada judul album yang unik ini, “AM:PM” pastinya akan membawa ingatan anda melayang kepada maksud ‘waktu’ kan waima ‘AM’ ialah unit yang digunakan untuk mewakili pagi, manakala ‘PM’ bermaksud ‘petang’ iaitu dari 12 tengah hari hingga 11.59 malam.

Lebih tepat ‘AM’ adalah akronym bermaksud 'Ante Meridiem' dan ‘PM’ pula adalah 'Post Meridiem' mewakili masa dalam tempoh 24 jam sehari.

Tetapi bagi penyanyi lagu ‘AM:PM’ ini, Amir Masdi apakah yang ingin ditafsirkannya pada judul album kedua terbaharu pilihannya itu?


Amir Masdi memilih Manchester, United Kingdom untuk merakamkan album 'AM:PM'.


“Di sini AM:PM adalah gabungan nama saya, Amir Masdi (AM) dan Projek Manchester (PM),” ujar Amir pada majlis pelancaran album ‘AM:PM’ yang berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut bersama Pengarah Urusan Nova Music (M) Sdn, Bhd., Rosmin Hashim dan Edry Abdul Halim.

Menjelas lanjut, pemilik nama sebenar Amir Syazwan Masdi, 28, ini memberitahu, album yang diterbitkan oleh syarikat rakaman milikya sendiri, AR United Music itu dirakamkan di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester, United Kingdom.

“Pada Februari tahun ini (2024), saya dan pasukan menggunakan duit yang kami kumpul hasil daripada persembahan yang saya buat selama ini untuk bergerak ke fasa seterusnya. 

"Kemudian, pada bulan Mac kami terbang ke Manchester untuk merealisasikan dan mengejar impian untuk terbitkan album kedua yang dirakam di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester.

“Sepanjang 18 hari berada di sana, kami tulis kesemua 12 lagu selain merakamkan vokal dan video muzik. Jadi, perjalanan untuk menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi buat saya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik,” cerita Amir panjang lebar.



DaDa

Dari kiri: Edry Abdul Halim,  Rosmin Hashim, Amir Masdi dan Pengurus Amir, Roslan Adlie.


Menurutnya, pada awalnya, beliau mahu menamakan album sebagai Projek Manchester tetapi kemudian sepanjang perjalanan dan proses rakaman album itu, timbul idea AM:PM di mana AM mewakili Amir Masdi dan PM adalah Projek Manchester.

'Jadi, kami gabungkan menjadi AM:PM. Selain itu, AM:PM juga mencerminkan situasi sewaktu komposer Edry Abdul Halim berada di Manchester dan kami di Malaysia di mana ketika bermesyuarat, masa di kedua negara berbeza.

"Kalau di sini siang, di sana pula malam,” tambah Amir sambil memaklumkan kesemua lagu dalam album ini mula ditulis bersama Edry yang turut bertindak selaku penerbit, sekali gus berkongsi idea dalam konsep, hala tuju dan apakah jenis lagu yang ingin ditulis.

Bagi Amir, album ini juga menandakan satu lagi pencapaian besar dalam karier nyanyiannya selepas album solo pertamanya tahun lalu(2023), ‘Amir Masdi’, mendapat sambutan hangat daripada peminat dan pengkritik muzik sehingga habis terjual dengan tiga kali cetakan.



Menerusi album ‘AM:PM’ ini juga, Amir bukan sahaja mempersembah vokal mantapnya tetapi juga memperlihatkan kemampuannya sebagai pencipta lagu dan penerbit bersama Edry Abdul Halim.

"Album ini sebuah naskah yang sangat istimewa kerana diberi peluang untuk menulis lagu daripada ‘zero’ sehingga ia diterbitkan. Bagi saya, ini sesuatu yang sangat eksklusif bukan sahaja buat album ini tapi secara peribadi sepanjang kerjaya seni saya,” kata Amir.

Album ‘AM:PM’ memuatkan sejumlah 12 buah lagu namun Amir mahu melancarkan enam buah lagu terlebih dahulu pada bahagian AM, manakala selebihnya bakal dilancarkan tahun hadapan (2025).

“Saya merasakan ini satu lagi keunikan album ini,” kata juara program nyanyian realiti Akademi Fantasia  musim ke-13 pada tahun 2016 ini.




Enam buah lagu pertama yang dipilih untuk dilancarkan menampilkan lagu-lagu seperti “Luar Kotak”, “Calar”, “Take Me Home”, “Langit Biru”, “Bakal Kekasih” dan “Nur Cinta”.

Menariknya, promosi album ini sudah dimulakan lebih awal apabila poster album dipaparkan di papan iklan gergasi atau Billboard di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) Kelana Jaya dan Bukit Bintang sebulan sebelum album dipasarkan.

Di samping itu, pelbagai cenderahati istimewa seperti baju-T, lanyard, cawan, tote bag dan hoodie turut dihasilkan untuk mengiringi pelancaran album AM:PM ini. 

Menariknya lagi, sebelum album dilancarkan lagi, lagu “Nur Cinta” telah dipilih sebagai lagu OST utama drama rantaian 36-episod, ‘Andai Tiada Dia’ terbitan Global Station yang akan bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10 malam mulai 21 Oktober 2024.

Pada majlis pelancaran album, Amir turut mengumumkan siaran perdana video muzik rasmi “Nur Cinta”, single peneraju daripada album ‘AM’  boleh disaksikan dalam saluran YouTube ‘Nova Music Videos’. - KitaReporters


8
16
0
12
0
You will be interested