Seni & Sukan 18 Nov, 2024

Siapa penggemar sukan larian anak tangga? Jom sertai KL Tower International Towerthon Challenge 2024!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. dengan bangganya membawakan kembali acara sukan menguji ketahanan yang dinanti-nantikan oleh penggemar sukan larian anak tangga, Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge 2024 (KLTITC 2024). 

Tahun ini (2024), peserta akan memecahkan rekod baharu iaitu sebanyak 1,608 anak tangga pada ketinggian 292 meter iaitu sehingga Pelantar Pemandangan Tertutup (Observation Deck), TH04 di Menara KL.

Dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM80,000, acara ini dijangka menarik penyertaan penggemar sukan mendaki anak tangga bagi peserta tempatan dan antarabangsa yang bersemangat untuk menguji ketahanan dan mencabar diri mereka. 

Kini, KLTITC 2024 yang memasuki edisi ke-22, bakal membangkitkan momentum para peserta di mana rekod baharu bakal tercipta, dan para peserta dapat bersama-sama meraikan kejayaan terbaharu mereka pada tahun ini (2024).

“Acara Turkish Airlines KL Tower International Towerthon Challenge (Cabaran Menaraton Antarabangsa Menara KL) tahun ini membawa maksud yang istimewa kerana kami meraikan ulang tahun ke-28,” kata Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur.



Sorotan Acara untuk tahun 2024:

  • Rakan penaja utama: Turkish Airlines, jenama penerbangan global yang terkemuka, sekali lagi kembali pada tahun ini (2024) sebagai rakan penaja utama, buat kali ketiga akan mengukuhkan lagi kedudukan acara KLTITC 2024 di pentas antarabangsa.
  • Mencipta rekod baharu: Peserta akan mendaki sebanyak 1,608 anak tangga yang belum pernah dicapai sebelum ini, menuju ketinggian 292 meter dari aras tanah. Ketinggian baharu ini menawarkan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang lebih unik dan menarik.
  • Hadiah dan Pengiktirafan: 100 peserta terbaik dalam setiap enam kategori akan menerima baju-T Finisher istimewa, di samping hadiah eksklusif lain daripada rakan penaja acara KLTITC 2024.
  • Maklumat Pendaftaran: Para peserta yang ingin menyertai acara KLTITC 2024 ini, boleh melayari portal rasmi. 
  • Yuran penyertaan adalah seperti berikut:


Nazli menekankan peranan acara yang lebih luas dalam memupuk penglibatan masyarakat. 

“Di sebalik cabaran fizikalnya, acara ini meraikan dan menyatukan orang ramai yang berkongsi minat yang sama daripada pelbagai latar belakang. Kami teruja untuk melihat pencapaian luar biasa yang akan dibawa oleh peserta towerthon (menaraton) tahun ini (2024).”



Acara KLTITC 2024 ini selaras dengan matlamat syarikat Menara Kuala Lumpur untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan menyerlahkan lagi mercu tanda utama Malaysia pada peringkat antarabangsa. 

Dirancang dengan strategi yang tepat, KLTITC 2024 kali ini dapat meningkatkan profil Menara KL sebagai pusat pelancongan yang wajib dilawati dan meletakkan Malaysia sebagai salah satu pusat pelancongan utama di Asia Tenggara. 

Melalui kerjasama bersama Turkish Airlines, Menara Kuala Lumpur berhasrat untuk memperluas lagi nama dan jenama Menara KL pada peringkat global dan pada masa yang sama menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
13
0
14
0
You will be interested