Seni & Sukan 09 Feb, 2024

Video| Bawa motor sambil bersila? Niat Paknil beri nasihat! Tapi dibidas netizen! Namun ada sokong!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Mungkin hanya berlaku di Malaysia kes seperti menonggang motosikal ala-ala Superman, sambil bersila dan bermacam-macam lagi gaya yang boleh membahayakan nyawa. Malah, ia bukan  sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi juga pengguna jalan raya yang lain.

Lebih menyedihkan, pemandu seperti ini adalah kalangan anak-anak muda Melayu. Tidakkah mereka sayang nyawa atau memikirkan orang tersayang? Akhirnya mati katak! 

Walaupun sudah banyak berita tentang kematian akibat kemalangan, namun mereka tidak mengambil pengajaran.



Orang seperti ini layak ditularkan dalam media sosial agar mereka cepat tersedar dan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa. Selain itu, ia juga memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak memandu atau menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

Itulah yang dilakukan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Paknil. 

Pada awal Februari 2024 lalu, dia berkongsi satu video dalam Instagram, menunjukkan seorang leaki sedang menunggang sebuah motosikal sambil bersila.



Demi menjaga privasi penunggang motosikal tersebut, Paknil telah menutup nombor plat dan wajah lelaki tersebut. 

Menurut Paknil, penunggang motosikal tersebut tidak pentingkan nyawa sendiri kerana memandu dalam keadaan bersila. â€śAku lagi susah payah nak censored muka dan nombor motor dia. Dia sendiri tidak pentingkan nyawa dia,” tulis Paknil.



Perkongsian tersebut tidak lain tidak bukan bertujuan untuk memberi pengajaran dan diambil iktibar oleh orang ramai namun sebaliknya yang berlaku. Ada segelintir netizen yang membidas hantaran tersebut kerana menurut mereka, tiada yang salah kerana motosikal yang dipandu adalah jenis skuter.

Dakwa mereka, skuter tidak memerlukan kaki untuk menekan brek atau clatch kerana ia automatik (autocruise).




“Bawa skuter memang tak perlukan kaki Paknil. Cuma tekan dengan tangan sahaja. Brek pun pakai tangan,” terang salah seorang netizen.

Ada juga netizen yang sependapat dan faham apa yang ingin disampaikan oleh Paknil. Menurut mereka, walaupun skuter tidak memerlukan brek kaki, ia tetap berbahaya jika ditunggang sedemikian.


“Memang tak pakai kaki. Tapi letak satu situasi kucing melintas atau ada bonggol. Kita sendiri boleh bayangkan. Mesti menggelupur. Yang salah tetap salah. Nak naik begini duduk kerusi roda,” kata netizen lain pula.

Lain kali, ketika ambil lesen memandu, beri tumpuan sepenuhnya. Jangan sambil lewa dan ilmu yang diajar, hanya diguna pakai kerana mahu lulus semata-mata. 

Bukan begitu tujuan ilmu yang diberikan ketika mengambil lesen memandu. Ia perlu dipraktikkan ke dunia nyata. - KitaReporters


15
10
0
18
0
You will be interested