Seni & Sukan 04 Oct, 2023

Video| Pak Nil buka dana sumbangan bantu Ibnor Riza! Biayai kos rawatan! Sama seperti bantu Zamani!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Sejumlah insan seni kini menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan jumlah wang yang banyak untuk kos rawatan dan kelangsungan hidup diri sendiri dan keluarga.

Walaupun beberapa pihak termasuk persatuan artis dan individu tertentu telah ataupun sedia untuk menghulurkan bantuan kewangan, namun ia mungkin mengambil masa dan ia boleh membahayakan kesihatan individu terbabit.

Selebriti yang juga pengacara terkenal Datuk Azniln Nawawi, lebih dikenali Pak Nil, 60, tersentuh hati setelah melihat video yang memaparkan luahan penyanyi tahun 80-an, Ibnor Riza Ibrahim, 62.


Penyanyi yang punya suara ‘lelaki’  ini terpaksa menjual tiga kereta kesayangannya bagi menampung kos rawatan kanser kanser limfoma tahap empat dan untuk keperluan hidup dirinya serta keluarga.

Pak Nil bertemu empat mata dengan Ibnor pada majlis ulang tahun ke-18 mStar dan pelancaran segmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mStar Baek yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada 26 September 2023 lalu.

Setelah menonton video dan dapat bertemu muka dengan Ibnor, Pak Nil tergerak untuk kembali melancarkan dana sumbangan untuk artis.

Setelah berjaya membantu Zamani Slam kira-kira setahun lalu, kini dia cuba melakukan kaedah yang sama untuk membantu Ibnor Riza.



Bagi Pak Nil langkah pantas perlu dilakukan memandangkan Ibnor hanya bergantung melalui ‘show’ untuk mengumpul duit. 

Pak Nil tidak yakin Ibnor mampu mengumpul jumlah wang yang banyak melalui kerja menyanyi (show) dalam tempoh singkat sedangkan sakit yang dialami semakin membimbangkan.

Dana sumbangan untuk Ibnor Riza dibuka mulai pagi Selasa, 3 Oktober 2023. Dia meminta orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun Maybank 564735809375 (Aznil Nawawi).

Aznil yakin tabung sumbangan itu dapat segera membantu meringankan beban Ibnor, namun dia tidak menetapkan bila sumbangan akan ditutup.


Pak Nil berharap dana sumbangan untuk Ibnor Riza akan mendapat sambutan seperti mana dana sumbangan untuk penyanyi Zamani Ibrahim.

Sekitar Julai 2023, Pak Nil  pernah membantu mengumpul dana untuk membantu membiayai kos pembedahan tulang belakang penyanyi Zamani Slam yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.

Usaha Pak Nil itu berjaya mengumpul wang lebih RM100,000 atau tepatnya RM101,103,84 dan penyanyi popular itu selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 7 November 2022. 



Sebagai sumbangan sosialnya, menurut Pak Nil, dia akan tetap menganjurkan dana sumbangan untuk insan-insan seni yang amat memerlukan.

Selepas Zamani Slam dan Ibnor Riza, siapa insan seni dalam radar Pak Nil untuk dibantu? - KitaReporters

16
11
0
11
0
You will be interested