Seni & Sukan 27 Sep, 2023

Sukan Asia 2022: Emas pertama hadir daripada sukan pelayaran! Shazrin tempah slot ke Olimpik 2024!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Shazrin berjaya menjelmakan emas pertama buat kem negara di Sukan Asia Hangzhou 2022.


Setelah menanti beberapa hari akhirnya kontijen Malaysia boleh tersenyum selepas emas pertama buat negara hadir daripada Nur Shazrin Mohamad Latif menerusi acara pelayaran dalam perlumbaan terakhir ILCA 6 pada hari ini (27 September 2023). 

Namun ia bukan hadir dengan mudah apabila Shazrin perlu menghadapi situasi angin yang tidak menentu sehingga perlumbaan terakhir terpaksa dibatalkan dek kerana tiada angin. 

Tuah itu terus memihak kepada atlet berusia 25 tahun ini untuk menjadi atlet pertama menghadirkan emas daripada kem pelayaran yang cemerlang sejak semalam (26 September 2023) yang turut menyumbang dua pingat gangsa. 

Lebih manis, kemenangan ini membolehkan dirinya menempah slot ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung tahun hadapan (2024). 


Jika edisi Sukan Asia di Indonesia sebelum ini, beliau sekadar meraih pingat gangsa namun edisi kali ini beliau membuktikan dirinya berada pada prestasi terbaik untuk mengetepikan cabaran atlet negara lain. 

Atlet dari Hong Kong, Stephanie Norton meraih pingat perak dan Victoria Jing Hua Chan dari Singapura meraih gangsa. - KitaReporters 

16
14
0
6
0
You will be interested