DI INDONESIA sering terjadi konsep perkahwinan unik yang adakalanya tidak masuk akal. Cara perkahwinan unik menjadi kebanggaan pihak yang menganjurkannya dan ditular dalam laman sosial bagi menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini berlaku perkahwinan unik di Bogor, Jawa Barat.
Pasangan pengantin menjadi tular dalam media sosial kerana menggunakan tema Cash-On-Delivery (COD) di mana pengantin lelaki dibungkus dalam kotak untuk dihantar ke rumah pengantin perempuan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan
Menerusi video yang tular dalam media sosial, pengantin lelaki itu 'dibungkus' dalam kotak besar dan diarak oleh rakan-rakannya bertopi keledar ke lokasi rumah pengantin perempuan.
Rakan-rakan pengantin lelaki mengenakan pakaian seperti penghantar barang (kurier).
Sebaik tiba di rumah pengantin perempuan, kotak itu dibuka sebelum pengantin bersiap sedia untuk acara ijab kabul.
Majlis akad nikah berjalan lancar. - Kredit foto: Tribun Jabar
Sungguhpun tema itu unik, namun upacara pernikahan berjalan lancar. Selepas selesai ijab kabul, pasangan pengantin bergambar bersama rakan-rakan dan tetamu yang hadir.
Mungkin cara nikah pakai COD ini akan diikut di negara ini. - KitaReporters
/