ARIF Aiman kini bernilai RM1.86 juta. - Kredit foto: MFL
BINTANG muda kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya memecah monopoli pemain import apabila menjadi pemain 'produk' tempatan tunggal berada dalam senarai pemain termahal Liga Malaysia (Liga M).
Bersaing dengan bintang-bintang import yang didominasi oleh pemain-pemain JDT, Arif Aiman berjaya menyelitkan diri pada kedudukan ke-8 pada nilai pasaran RM1.86 juta, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pemain Malaysia termahal.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain bola sepak
Ia bertepatan dengan statusnya sebagai pemenang
anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22)
selepas mempamirkan prestasi terbaik sepanjang musim 2022, bersama JDT dan skuad kebangsaan.
Pada malam anugerah itu, Arif Aiman bukan sahaja
mempertahankan MVP yang dimenangi pertama kali pada 2021 malah turut dinobatkan
sekali lagi sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.
Selain membantu skuad Harimau Selatan menyapu bersih empat trofi domestik musim lalu dengan menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, pemain berusia 20 tahun turut memainkan peranan besar dalam kejayaan Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 buat pertama kali dalam tempoh 42 tahun.
BINTANG import JDT, Jordi Amat muncul sebagai pemain termahal Liga M dengan nilai pasaran RM4.67 juta.
Pengiktirafan Arif Aiman sebagai pemain termahal Malaysia adalah menerusi dapatan daripada laman sesawang terkenal, transfermarkt.com. yang menyaksikan gelaran pemain termahal Liga M kekal menjadi milik pertahanan JDT, Jordi Amat pada nilai RM4.67 juta.
Nilai harga yang diletakkan ke atas Jordi bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan pemain pertahanan tengah skuad kebangsaan Indonesia itu memiliki pengalaman beraksi pada liga Eropah bersama kelab seperti Espanyol, Rayo Valleecano, Real Betis dan Swansea.
Fernando Forestieri
Malah, bintang-bintang import JDT turut menguasai
kedudukan lima terbaik dengan penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri
menjadi pemain kedua termahal pada nilai RM3.97 juta.
Berada pada kedudukan ketiga dan keempat adalah dua
pemain import baharu mereka, iaitu Oscar Arribas dan Juan Muniz masing masing
bernilai RM2.33 juta.
Sementara itu, pemenang anugerah Pemain Import Terbaik ABK 2022 dan penjaring terbanyak Liga Super Liga Super 2022, Bergson da Silva berada di tangga kelima dengan nilai sama.
PENYERANG import baharu Kedah, Willian Lira, turut tersenarai sebagai salah seorang pemain termahal Liga M dengan nilai RM2.1 juta. Kredit foto: Sang Kenari.
Penyerang baharu Kedah Darul Aman (KDA FC), Willian
Lira dari Brazil pasti mendapat suntikan semangat untuk mengharungi musim 2023
bersama Helang Merah apabila turut berada dalam senarai 10 pemain termahal Liga
M apabila bernilai RM2.1 juta, meningkat sebanyak RM466,000 daripada nilai
pasaran sebelum ini.
Dua lagi pemain import baharu Liga M, Sirozhiddin
Kuziev (Kuching FC) dan Ebenezer Assifuah (KDA FC) berkongsi nilai sama dengan
Arif Aiman iaitu RM1.86 juta.
Melengkapkan senarai adalah dua lagi pemain JDT, La'Vere Corbin Ong dan Matt Davies (RM1.74 juta) dan nilai itu turut dikongsi bersama pemain import baharu Selangor FC, Noor Al Rawabdeh. - KitaReporters
10 PEMAIN TERMAHAL LIGA M:
Jordi Amat (JDT) RM4.67 juta
Fernando Forestieri (JDT) RM3.97 juta
Oscar Arribas (JDT) RM2.33 juta
Juan Muniz (JDT) RM2.33 juta
Bergson da Silva (JDT) RM2.33 juta
Willian Lira KDA (KDA FC) RM2.1 juta
Sirozhiddin Kuziev (Kuching City) RM1.86 juta
Arif Aiman Hanapi (JDT) RM1.86 juta
Ebenezer Assifuah (KDA FC) RM1.86 juta
La'Vere Corbin Ong (JDT) RM1.74 juta
Ebenezer Assifuah