PENYANYI dan pelakon, Aiman Tino, 25, bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Syarah Haifa, 24, sebelum bermulanya Ramadan. Hari pertama Ramadan dijangka jatuh pada 23 Mac 2023.
Ia hanya majlis akad nikah, sementara majlis resepsi dijadual pada bulan Jun atau Ogos 2023. Sehari sebelum akad nikah akan diadakan majlis pertunangan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aiman Tino
Pemilik nama sebenar Muhammad Aiman Yusri ini ditemui pada sidang media filem Tonton Original berjudul ‘Irama Kita’ di Golden Screen Cinemas (GSC) Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu, 8 Februari 2023.
Ini kerana ayah dan ibunya berkahwin pada usia 23 tahun dan mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga hampir 30 tahun sehingga sekarang.
Aiman menyatakan dirinya sudah bersedia menjadi ketua keluarga. Menurut Aiman, persiapan sudah mula dilakukan, cuma tarikh perkahwinan masih belum diputuskan.
Aiman menyatakan dia memilih Syarah terpikat dengan keayuan dan sikap lemah lembutnya. Mereka sudah berkawan sejak 2019 dan hubungan itu menjadi serius pada tahun 2022.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka menjalankan perniagaan kek bersama pada 2021 dan ia merapatkan hubungan cinta sehingga memutuskan untuk meneruskan ke fasa perkahwinan. - KitaReporters