Seni & Sukan 17 Oct, 2022

Video| Semoga Aiman Tino kembali sihat! Dimasukkan ke wad akibat sukar bernafas! Batuk berpanjangan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Penyanyi remaja popular, Aiman Tino (Mohammad Aiman Yusri), 24, dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Setapak, Kuala Lumpur sejak Sabtu, 15 Oktober 2022 selepas mengalami masalah sesak nafas.

Menurut ibunya, Hazelina Mat Jalil, 45, Aiman dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi selepas mengalami gejala batuk berpanjangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Aiman Tino

Keadaan Aiman Tino ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta


“Memang kalau tengok keadaannya agak merisaukan. Jadi kami bawa Aiman buat pemeriksaan dengan pakar supaya dapat kenal pasti masalah sebenar dihadapinya.

“Selepas itu doktor mengusulkan supaya dia dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan menyeluruh.

“Pemantauan juga akan dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya kepada media.

Bagaimanapun menurut Hazelina, keadaan Aiman semakin positif biarpun perlu menggunakan oksigen untuk menstabilkan pernafasan.



Tambah Hazelina, dia bimbang anaknya itu menghidap lelah biarpun sebelum ini tiada sejarah dia pernah berhadapan masalah itu.

Hazelina bimbang kecenderungan Aiman menghisap vape menjadi punca batuk berpanjangan yang dialaminya.

“Sebagai ibu sudah pasti hati tak tenang setiap kali anak-anak kurang sihat, sampaikan kita pun susah tidur lena.

“Walaupun masing-masing sudah besar panjang, saya sentiasa anggap anak-anak masih kecil terutama ketika mereka sakit.

“Alhamdulillah Aiman dalam keadaan stabil dan perlu berehat serta menggunakan bantuan oksigen,” katanya.

Pada masa sama, Hazelina meminta orang ramai mendoakan kesihatan anaknya.

Aiman Tino bersama ibu dan ayah


Hazelina, turut berkongsi sekeping foto dalam media sosial yang menunjukkan Aiman terbaring di katil hospital dan memakai topeng oksigen.

Ibu kepada 11 cahaya mata ini turut menyertakan kapsyen pendek: “Mak doakan Aiman cepat sembuh.” 

Aiman Tino yang mula popular sejak 2016 melalui single ‘Ku Rela Dibenci’ turut terlibat dalam bidang lakonan. Lakonan terakhirnya ialah ‘Anak Beranak Abang Yie’ yang disiar oleh TV3 beberapa bulan lalu. - KitaReporters


21
23
0
15
0
You will be interested