ABD Halim Jusoh mengibar bendera sebagai pelepasan para peserta Fun Walk Keluarga Malaysia di Guntung Luar, Setiu, Terengganu pada 1 Oktober 2022.
AMALAN gaya hidup yang sihat diharapkan dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat setempat apabila kira-kira 400 peserta menyertai Fun Walk Keluarga Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri sejauh 4.5 kilometer pada 1 Oktober 2022 lalu.
Pada program yang berlangsung di Guntung Luar, Setiu, Terengganu, para peserta terbabit mula berjalan kaki beramai-ramai dari Guntung Luar sehingga Kampung Che Mohid kemudian berpatah balik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti berjalan kaki
SEBAHAGIAN peserta yang menyertai Fun Walk Keluarga Malaysia.
Fun Walk Keluarga Malaysia anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN
Permaisuri itu disertai para pelajar, guru, golongan belia dan kaum wanita.
Apa yang menarik program yang turut mendapat kerjasama dari Persatuan Belia Sejagat Kampung Air Sejuk juga disertai warga emas.
Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh melepaskan para peserta selain beliau juga menyampaikan hadiah cabutan nombor bertuah kepada peserta-peserta yang bernasib baik.
Acara itu bermula dengan memanaskan badan selama kira-kira 10 minit sebelum mereka berlepas ke destinasi yang dituju.
Abd Halim berkata beliau tidak menjangkakan sambutan yang begitu mengalakkan terhadap program tersebut dalam kalangan penduduk setempat di kawasan itu.
Kata beliau, pihaknya mengambil inisiatif untuk bersama-sama kerajaan sebagai sebahagian akiviti sosial menerusi sukan bersama masyarakat.
ABD Halim Jusoh (kanan) menyampaikan sebuah television sebagai cabutan nombor bertuah kepada seorang peserta.
‘’Kegiatan seumpama ini selari dengan pihak kerajaan
yang mahukan semua lapisan masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat.
‘’Program Fun Walk ini menjadi meriah kerana ia dihadiri ramai pelajar sekolah dan golongan remaja termasuk warga emas,’’ katanya ketika ditemui di majlis itu. Hadir sama ialah isterinya, Datin Rosidah Mokhtar. - KitaReporters