Seni & Sukan 14 May, 2021

Berita Terkini| Angkara main mercun bola buatan sendiri! Lelaki 23 tahun hancur tangan kanan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Gambar hiasan... Mercun bola yang digunakan lelaki ke dalam botol cecair vape yang kosong sebelum dicucuh api.


SEORANG lelaki cedera parah termasuk hancur tangan kanan apabila mercun buatan sendiri menggunakan botol cecair vape meletup pada tangannya dalam kejadian di rumahnya di Kampung Batu Papan di Gua Musang, Kelantan pada Khamis, 13 Mei 20212.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika mangsa yang berusia 23 tahun itu sedang meraikan 1 Syawal bersama-sama ahli keluarga yang lain.

“Siasatan awal mendapati mangsa membuat sendiri mercun itu dengan menggunakan belerang daripada 50 biji mercun bola yang kemudian dimasukkan ke dalam botol cecair vape yang kosong sebelum dicucuh api.

“Botol berisi belerang itu meletup sebelum mangsa sempat melemparnya,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Choon Fook berkata, selain hancur tangan kanan, lelaki terbabit cedera di bahagian muka dan pecah gegendang telinga, kesan letupan yang terlalu kuat.

Menurutnya, mangsa yang digegaskan ke Hospital Gua Musang kini dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

"Pihak HSIP memaklumkan tangan kanan lelaki itu terpaksa dipotong namun dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menambah kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
2
3
0
3
You will be interested