KERANA pulut, santan binasa.. Kerana mulut, badan binasa. Berhati-hati apabila menggunakan media sosial. Jangan gatal tangan atau mulut dengan mengemukakan komen atau bahan-bahan lain yang boleh menyinggung pihak lain. Pengajaran ini dirasai sendiri oleh Azwan Ali. : KitaReporters
Azwan Ali memakai pakaian serba hitam di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 27 Mac 2020. - Kredit foto: FB Artis Malaysia (https://www.facebook.com/myartisdotcom/)
Itulah nasib yang dialami selebriti kontroversi, Diva AA atau Azwan Ali, 55, apabila didenda sebanyak RM17,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, pada Jumaat, 27 Mac 2020 atas kesalahan menghina kakitangan Hospital Putrajaya sebagai petugas di barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19.
Penghinaan tersebut didakwa berlaku dalam dalam laman YouYubenya @Diva AA Tersohor.
Kredit foto: FB Artis Malaysia
Kes mahkamah tersebut adalah selepas Hospital Putrajaya membuat laporan polis di Balai Polis Precit 7, Putrajaya pada petang 25 Mac 2020. Mahkamah melakukan tugas pantas dengan mengemukakan dakwaan Jumaat, 27 Mac 2020.
Azwan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233 (3) dengan hukuman maksimum penjara setahun dan denda hingga RM50,000 atau kedua-dua sekali.
Kredit foto: FB Artis Malaysia
Sejumlah petugas media tidak dibenar masuk ke kompleks mahkamah kerana penularan Covid-69.
Azwan dengan berpakaian serba hitam memohon maaf kepada mahkamah dan berkata, ia menjadi pengajaran berharga bagi dirinya.
Hukuman yang dikena terhadap Azwan memberi pengajaran kepadanya agar tidak lagi suka berkelakuan celupar.
Namun, bukan mustahil, Azwan akan dikenakan pendakwaan-pendakwaan lain pada masa akan datang, termasuk kes berkaitan Dato' Seri Vida.
Maka, stoplah melakukan perkara-perkata celupar dalam media sosial. - KitaReporters