BULAN Syawal disambut dengan sangat meriah bersama ahli keluarga dan juga sahabat handal yang mengunjungi kita sepanjang hari raya yang disambut selama sebulan.
Pasti ramai antara kita yang mendapat jemputan dari keluarga terdekat dan kawan-kawan untuk menghadiri rumah terbuka setelah 2 tahun tidak dapat beraya.
Walau bagaimanapun seorang anak yang menunjukkan betapa kecewanya beliau dengan tetamu yang berjanji ingin beraya di rumahnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis ambutan raya
Dalam Tiktok, beliau menunjukkan banyak masakan yang telah dimasak dan telah dihidang pada jam 1 petang namun sehingga jam 7 petang masih tiada kemunculan seorang tetamu ke rumah mereka.
"Dari pukul 1 tadi tunggu tetamu tak muncul2 sian my parents, sekarang dah 7 malam. Makanan semua dah hidang, kuih dan gula2 pun dah refill."
Lebih menyedihkan apabila makanan yang dihidangkan adalah air tangan ibunya sendiri kerana bilangan tetamu yang bakal hadir adalah keluarga mereka sendiri daripada belah ayahnya.
Hanya dua orang tetamu sahaja yang hadir setakat jam 9 malam demi menyenangkan hati kanak-kanak itu. Ramai juga bergurau dengan mengatakan mereka akan tiba ke rumahnya.
Warga maya bersimpati dengan melihat video ini kerana mereka merasakan kesian kepada tuan rumah yang banyak memasak untuk tetamu yang ingin hadir tetapi tidak sampai.
Sepatutnya, jika tidak boleh hadir beritahu tuan rumah dan jangan bagi mereka harapan. Kesian dekat mereka juga sebab perlu masak dan menunggu kehadiran anda yang tidak kunjung tiba. - KitaReporters