Seni & Sukan 22 May, 2021

Berita Terkini| Penjawat awam dikompaun RM5K! Langgar syarat SOP kuarantin! Pergi surau, kebun!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan telah pergi ke kebun dan surau. - Kredit foto: Facebook Polis Daerah Lipis


GARA-GARA melanggar perintah kuarantin apabila didapati keluar rumah serta menanggalkan gelang pink kuarantin, seorang penjawat awam dikompaun sebanyak RM5,000.

Lelaki berusia 47 tahun dari Kampung Perlak, Padang Tengku di Kuala Lipis itu didapati tidak berada dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan pasukan pemantau pada Jumaat, 21 Mei 2021.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan telah pergi ke kebun dan surau, sedangkan dia sepatutnya perlu berada dalam rumah sepanjang tempoh kuarantin.

Tindakan kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Individu yang diarahkan menjalani kuarantin diingatkan supaya berada dalam rumah setelah diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditetapkan," katanya melalui satu kenyataan media di Kuala Lipis pada Sabtu, 22 Mei 2021.

Azli pada masa sama berkata, hasil pemantauan dilakukan pasukan pada  hari sama sekitar pukul 11.45 pagi hingga 1.30 tengah hari, dua lelaki turut dikompaun masing-masing sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam sebuah kedai gunting di Jalan Lipis-Benta di sini.

Tegas beliau individu berusia 21 dan 24 tahun itu merupakan tukang gunting dan pelanggan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
1
0
2
1
You will be interested