TIDAK dinafikan sesiapa yang memakai kanta lekap (contact lens) akan kelihatan cantik pada bahagian mata apatah lagi yang si pemakai sudah sememangnya cantik.
Nama pun manusia kerana kita semestinya akan nak lagi dan lagi untuk kelihatan cantik.
Memakai kanta lekap tidak salah tetapi jika terlalu taksub untuk kelihatan cantik dan terlalu kerap guna kanta lekap, ini memang boleh bawa masalah kesihatan jika tak berhati-hati.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecantikan
Seorang pengguna Tiktok, Nana telah berkongsi bagaimana beliau sebelum ini menggunakan kanta lekap dengan kerap dan menyebabkan mata beliau hampir rosak.
Doktor pula terpaksa korek kanta tersebut untuk keluarkan cecair yang ada di dalam mata akibat jangkitan kuman.
Bagi Nana, beliau kini seakan-akan tidak nampak buat sementara waktu ini. Ini kerana menerima rawatan dan matanya juga sampai terkeluar darah. Ini sudah pasti jangkitan kuman makin parah jika lewat terima rawatan.
Bagi mereka yang suka sangat memakai kanta lekap itu diharapkan beringat sama bahawa jangan terlalu kerap gunakan jika tiada keperluan.
Dan ingat jumpa pihak yang selayaknya untuk dapatkan kanta lekap yang betul bukan main beli secara dalam talian sahaja.
Menjengah ruangan komen, dapat dilihat pelbagai komen diberikan kepada Nana.
Penulis mendoakan agar Nana akan cepat sembuh dan mata akan kembali sihat seperti sedia kala. - KitaReporters