SYED Akmal Fikri Syed Ali mencatat sejarah sebagai atlet petanque pertama yang bergelar Olahragawan Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala Nur Ain Nabilah Tarmizi meneruskan penguasaan boling padang selaku Olahragawati universiti itu bagi edisi 2019. : KitaReporters
SYED Akmal Fikri Syed Ali (kanan) dan Nur Ain Nabilah Tarmizi dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2019. - Kredit foto UiTM.
Masing-masing turut beroleh hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan sijil atas pencapaian terbaik membantu Malaysia meraih pingat emas triples (tiga sepasukan) petanque lelaki dan fours (empat sepasukan) boling padang wanita Sukan SEA Filipina 2019.
Kejayaan Ain turut menjadikannya pemain boling padang ketiga yang bergelar Olahragawati UiTM selepas Noorazlinda Zakaria dan Nurul Alyani Jamil melakukannya pada 2016 dan 2018.
Kedua-dua Olahragawan dan Olahragawati UiTM yang merupakan penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, menerimanya pada Majlis Anugerah Sukan UiTM di Shah Alam, Selangor pada Jumaat, 14 Ogos 2020.
Akmal, 23, mengetepikan dua pesaing terdekat, Daeng Dhadyry Dahasry, pemenang acara fours boling padang temasya ke-30 itu dan Muhammad Ezuan Nasir Khan yang meraih emas berpasukan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) di Jakarta.
OLAHRAGAWAN dan Olahragawati UiTM 2019 menayangkan hadiah kemenangan masing-masing di samping pegawai-pegawai kanan UiTM termasuk Prof. Mohd. Azraai Kassim (tengah). - Kredit foto UiTM.
Selain emas Sukan SEA, pencapaian sebutir pingat perak Kejohanan Asia di China meletakkan Ain, 22, terlalu sukar dicabar enam lagi calon Olahragawati UiTM 2019.
Antaranya pemain catur, Nabila Azman Hisham dengan pencapaian pingat emas berpasukan Sukan Universiti ASEAN 2019 di samping Sharifah Aqilah Farhana Syed Ali, pemenang gangsa doubles petanque Sukan SEA dan Rozliana Mohd. Ridwan, pemenang gangsa ragbi temasya sama.
Hadiah-hadiah disampaikan Naib Canselor UiTM, Profesor Mohd. Azraai Kassim.
Terdahulu dalam ucapan perasmian, Mohd Azraai berkata, “program pembangunan fizikal buat para atlet UiTM, mampu membentuk mereka menjadi ‘atlet yang cerdas’ dalam mengurus diri, emosi dan masa secara profesional walaupun ketika turut bergelar penuntut universiti.
“UiTM juga akan terus memainkan peranan proaktif untuk meningkatkan prestasi atlet kebangsaan menerusi kajian dan penyelidikan saintifik berkaitan sukan.
"Saya percaya kejayaan atlet-atlet UiTM merupakan manifestasi terhadap kesungguhan dan komitmen bersama pihak universiti dalam memberikan kesan positif kepada pencapaian sukan negara," katanya.
Turut disampaikan ialah Anugerah Jurulatih UiTM yang menjadi milik Dzulkifli Sogol, Mohd. Iqbal Hanafi dan Wan Latifah Wan Mohd. Yusof daripada sukan silat, bola sepak dan taekwando. - KitaReporters
OLAHRAGAWAN UITM
1992: Petira K. Ghani (olahraga)
1993: Azlan Abd. Aziz (ragbi)
1994: Sulaiman Yaacob (ragbi)
1995 : Sulaiman Yaacob (ragbi)
1996: Mulyadi Jamal (tenis)
1997 : Hazli Izwan (menembak)
1998: Abdul Razak Saidin (hoki)
1999: Mohd. Emran Zakaria (menembak)
2000: Mohd. Nasihin Nubli Ibrahim (hoki)
2001: Mohd. Farid Abd. Rahman (ragbi)
2002: Mohd. Emran Zakaria (menembak)
2003: Muhammad Marbawi Sulaiman (memanah)
2004: Muhammad Marbawi Sulaiman (memanah)
2005: Mohd. Noer Zulqhimi Said (boling)
2006: Mohd. Noer Zulqhimi Said (boling)
2007: Mohammad Farkhan Mohd. Harun (tinju)
2008: Mohd. Syahir Asraf Rosli (ragbi)
2009: Mohammad Farkhan Mohd. Harun (tinju)
2010: Mohd. Nafiizwan Mohd. Adnan (skuasy)
2011: Amir Rizdwuan Taj Tajudin (bola sepak)
2012: Khairulnizam Mohd. Afendy (pelayaran)
2013: Khairulnizam Mohd. Afendy (pelayaran)
2014: Ahmad Syukri Abdul Aziz (pelayaran)
2015: Khairulnizam Mohd. Afendy (pelayaran)
2016: Zulfadli Zulkiffli (badminton)
2017 : Meor Muhammad Azuan Hassan (hoki)
2018: Khairulnizam Mohd. Afendy (pelayaran)
2019: SYED Akmal Fikri Syed Ali (petanque)
OLAHRAGAWATI UITM
1994: Azlina Zid (tenis)
1995: Noryati Arsad (sofbol)
1996: Eliza Hanum Ibrahim (catur)
1997: -tiada pemenang-
1998: Rohayu Darus (bola jaring)
1999: Norzalina Zainol (hoki)
2000: Hasliana Jamian (bola jaring)
2001: Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak)
2002: Rina Jordana Adnan (silat)
2003: Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak)
2004: Siti Jameelah Md. Japilus (silat)
2005: Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak)
2006: Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak)
2007: Zatil Iman Abd. Ghani (boling)
2008: Fazilla Sylvester Silin (hoki)
2009: Nurhidayah Abdul Latip (memanah)
2010: Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah)
2011: Fatin Nurfatehah Mat Salleh (memanah)
2012: Muslifah Zulkifli (menembak)
2013: Fazilla Sylvester Silin (hoki)
2014: Muslifah Zulkifili (memanah)
2015: Khairun Nieeta Mohd. Afendy (pelayaran)
2016: Noorazlinda Zakaria (boling padang)
2017: Nur Syafiqah Mohd. Zain (hoki)
2018: Nurul Alyani Jamil (boling padang)
2019: Nur Ain Nabilah Tarmizi (boling padang)