Seni & Sukan 23 Aug, 2021

Jangan ganggu laki, rumah tangga aku! Isteri berang bunuh janda berselingkuh dengan suaminya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

LOKASI kejadian di sebuah kebun getah di Desa Tapus, Lembak di daerah Muara Enim, Sumatera Selatan. - Kredit foto: Tribunnews.com


``JANGAN goda suami aku dan jangan kacau rumah tangga aku,’’ kata seorang wanita yang bernama Y, 35, sebelum berlaku pergaduhan yang berakhir dengan kematian seorang janda beranak satu, Beni Ayani, 35, di Desa Tapus, Kacamatan Lembak, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Selatan (Sumsel) pada Selasa 17 Ogos 2021 lalu.  

Y bertindak menikam Beni Ayani yang juga tinggal sekampung dengannya menggunakan sebilah pisau dalam pergaduhan itu selepas dipercayai mangsa sering mengoda serta dipercayai berselingkuh dengan suaminya.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

Y yang mengaku melakukan pembunuhan terhadap seorang janda beranak satu akibat berselingkuh dengan suaminya di Desa Tapus, Kacamatan Lembak, Kabupaten Muara Enim pada 17 Ogos 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com 


Pergaduhan itu terjadi, menurut Y, selepas dia berkata demikian ketika berjumpa dengan mangsa dan mangsa menjawab dengan mengatakan bahawa, ``itu adalah urusan aku (Beni Ayani) dan kamu (Y) apa peduli hal aku."

Dengan perkataan  yang menyakitkan hati daripada  Beni Ayani menyebabkan Y semakin marah lalu berlakulah pergaduhan antara mereka berdua.


ANGGOTA polis membawa mayat Beni Ayani ke hospital untuk bedah siasat. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Memetik laporan Tribunnews.com pada 18 Ogos 2021 lalu berkata, semasa perkelahian itu, Y telah mengambil sebilah pisau yang diselit pada pinggangnya dan menikam pada bahu kiri Beni Ayani sehingga mangsa terjatuh ke tanah.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah kebun getah di desa berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi, suspek juga turut menikam perut, bahu kanan dan pinggang mangsa sebelum mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Y menceritakan demikian kepada pihak polis setelah dia menyerah diri di Balai Polis Lembak selepas suspek itu membunuh Beni Ayani pada hari kejadian.


Pisau yang digunakan dalam kejadian jenayah. - Kredit foto: Humas Polri


Suspek membunuh mangsa kerana sakit hati dengan mangsa yang  dikatakan sering menganggui suaminya selain mangsa juga mengadakan hubungan intim dengan suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lembak, AKP Sigit Widodo mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah menahan suspek itu.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil sebilah pusau sepanjang kira-kira 30 sentimeter yang dibawa bersamanya semasa dia menyerah diri kepada polis.

``Kejadian itu berpunca suspek begitu sakit hati terhadap mangsa dan suspek cuba melarang mangsa supaya tidak mengganggui suaminya lagi tetapi mangsa bercakap kasar pula menyebabkan berlaku pergaduhan sehingga janda itu maut.

``Ketika kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja yang berada di lokasi terbabit  dan mereka bertemu di sebuah kebun getah di desa itu,’’ katanya. - KitaReporters

 

0
4
2
0
3
You will be interested