Seni & Sukan 14 Apr, 2021

Berita Terkini| Polis turun padang di lokasi bazar Ramadan! Tindakan tegas nanti individu degil

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Orang ramai dinasihatkan  supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berkunjung ke bazar Ramadan. - Kredit foto: xtra.com


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau lokasi bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan selain berusaha mengekang penularan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas juga akan diambil kepada individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berkunjung ke bazar Ramadan di seluruh negara.

“Peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urus niaga iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur, pada Rabu, 14 April 2021.


Acryl Sani Abdullah Sani. - Kredit foto: Malaymail.com


Terdahulu, kerajaan kembali membenarkan bazar Ramadan dibuka dengan syarat SOP yang ketat, meskipun negara masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan.

Ketetapan itu turut merangkumi kebenaran membuka bazar raya dan solat sunat tarawih di masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan.

Di wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, sebanyak 65 lokasi bazar Ramadan beroperasi di sekitar ibu kota, bermula 3 petang hingga 8 malam sepanjang Ramadan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters


7
1
0
0
2
You will be interested