Seni & Sukan 18 Oct, 2020

Rezeki PKP! Khidmat salun mobile Cik Eryn semakin popular!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

ENGGAN mengalah kepada terkesan berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi menyekat penularan wabak Covid-19, seorang ibu tunggal terpaksa meneruskan perniagaan menggunting rambut dengan menyediakan perkhidmatan mobile saloon (salun bergerak/mobil). Menarik usaha tu!! : KitaReporters


Cik Eryn atau Azira Abdul Hamid, sedang membersih peralatan menggunting rambut dengan sanitizer.


Lagi cerita-cerita berkaitan usahanita:

https://kitareporters.com/search?search=usahanita


Berikutan masalah pandemik itu, Azira Abdul Hamid, 37, terpaksa menutup salunnya yang di buka di bandar Kajang, Selangor sejak 18 tahun lalu apabila kekurangan pelanggan serta sewa terlalu tinggi selepas PKP dilaksanakan sejak Mac 2020 lalu. 

Sebagai inisiatif dan tidak mahu duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja, Azira mengambil keputusan meneruskan perniagaan salunnya dengan mewujudkan Home Beauty Studio di rumahnya di Zon Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

Sebagai langkah keselamatan Azira yang lebih dikenali dengan nama Cik Eryn mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti membersihkan peralatan digunakan dengan sanitizer. Paling penting mereka yang akan datang menggunting rambut dan sebagainya ditetapkan masa giliran untuk mengelak bertembung dengan pelanggan lain.


Cik Eryn sedang memakai sarung tangan sebagai mematuhi SOP PKP. 


Cik Eryn berkata, kebiasaan pelanggan akan menghubungi dia menerusi telefon untuk membuat janji temu dan memaklumkan perkhidmatan yang diperlukan sebelum dia menetapkan masa untuk hadir bagi mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

Menurutnya, bagaimanapun dia akan memberi pilihan kepada pelanggan sama ada datang ke rumahnya atau dia ke rumah pelanggan terbabit bagi memberi perkhidmatan yang disediakan seperti menggunting rambut, meluruskan rambut, rawatan rambut gugur dan mewarna.


Cik Eryn akan memastikan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik sebelum memberi perkhidmatan kepada pelanggan.


Katanya, apabila membabitkan ‘mobile service’ (perkhidmatan bergerak) dia akan berbincang dahulu dengan pelanggan mengenai caj yang akan dikenakan supaya tidak menjadi kekeliruan apabila perkhidmatan sudah diberikan.

“Saya juga akan memastikan lokasi yang akan diberikan perkhidmatan kepada pelanggan terbabit tidak bermasalah dengan PKP dan mereka sedia menunggu apabila saya sampai untuk menyegerakan kerja menggunting rambut dan sebagainya.


Seorang pelanggan sedang mendapatkan perkhidmatan daripada Cik Eryn. 


“Sejak menyediakan perkhidmatan itu saya sudah mengunjungi beberapa lokasi di Lembah Klang seperti, Petaling Jaya, Putrajaya, Bangi, Kajang, Shah Alam, Kelang dan Nilai, Seremban,” kata Cik Eryn.

Cik Eryn berkata, perkhidmatan yang disediakan itu juga secara tidak langsung memberi kemudahan khusus kepada warga emas yang tidak mampu untuk bergerak jauh, di samping suri rumah atau wanita bekerja apabila berasa bimbang untuk keluar rumah kerana PKP atau kesuntukan masa.

Cik Eryn akan memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan selain harga yang berpatutan. 


Menurutnya, sesetengah pelanggan lebih selesa dia ke rumah mereka untuk mendapat perkhidmatan di samping meminta nasihat mengenai penjagaan rambut dan kecantikan diri tanpa gangguan daripada pelanggan lain.

Katanya, selain menggunting rambut dia turut menyediakan perkhidmatan sampingan seperti penyediaan kelengkapan perkahwinan seperti pelamin, solekan dan rawatan muka yang kini semakin mendapat sambutan.

Cik Eryan atau Azira Abdul Hamid.


“Saya berasa bertuah apabila ibu bapa sering memberikan semangat supaya berjaya dalam perniagaan ini termasuk dalam keadaan negara yang terancam dengan pandemik Covid-19.

“Kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan salun bergerak ini boleh menghubungi saya melalui nombor telefon 012-2162539,” kata Cik Eryn.  - KitaReporters


17
5
0
0
0
You will be interested