Seni & Sukan 11 Jun, 2020

Berita baik! Sektor pelancongan di Terengganu dibuka 12 Jun!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

PENGUSAHA industri pelancongan di Terengganu menarik nafas lega apabila kerajaan negeri membenarkan sektor berkenaan beroperasi semula selepas tiga bulan mengalami keadaan lesu dan suram akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara. Sepanjang tempoh PKP semua kawasan pelancongan terkenal dan popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negeri ditutup kepada semua aktiviti pelancongan. : KitaReporters

Jambatan Angkat Kuala Terengganu produk baharu pelancongan Terengganu


Keadaan itu menyebabkan pengusaha pelancongan terutama pemilik hotel, resort dan homestay terjejas teruk kerana tidak dapat beroperasi.

Bagaimanapun, berita baik yang ditunggu-tunggu oleh pemain industri pelancongan sudah terjawab apabila Kerajaan Terengganu membenarkan sebahagian aktiviti pelancongan di negeri itu termasuk membuka semula semua hotel, resort, houseboat dan homestay (rumah inap), dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan yang ketat bermula Jumaat, 12 Jun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman 


Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman dalam sidang media khas di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Rabu 10 Mei 2020.

Katanya, kerajaan negeri pada masa ini juga sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pelan pemulihan agar sektor pelancongan dapat dipulihkan. 

"Kita mengharapkan sektor pelancongan dapat kembali menjadi tulang belakang kepada ekonomi rakyat di negeri ini,” katanya.


Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju membuka semula semua hotel, resort, houseboat dan homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan homestay (inap desa) di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, semua aktiviti pelancongan seperti selam skuba, snokerling, hiking, aktiviti bot di pulau dan tasik, paragliding, perkhemahan, riadah, membeli belah, aktiviti Taman Eco Rimba dan lata rekreasi juga dibenarkan mulai 15 Jun 2020 ini. 

Selain itu, katanya, kerajaan turut membenarkan aktiviti jualan tiket, aktiviti bot, restoran dan jualan umum di jeti-jeti ke pulau-pulau peranginan di dalam negeri Terengganu dan juga di Tasik Kenyir.

Destinasi pelancongan popular Pulau Perhentianm Besut


Bagaimanapun, tegas beliau kebenaran adalah termasuk membuka semula Tasik Kenyir dan hotspot kawasan pelancongan di Tasik Kenyir seperti Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV), Taman Herba bermula 12 Jun 2020 ini.

Pada 31 Mei 2020, semua hotel, resort, rumah bot dan inap desa yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mula dibuka dan mencatatkan peningkatan tempahan mendadak iaitu sebanyak 60 peratus.

Keindahan Tasik Kenyir,Hulu Terengganu memikat pelancong dari dalam dan luar negeri


Menurut Ariffin lagi, kawasan pelancongan utama Terengganu iaitu Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) di Tasik Kenyir akan mula dibuka pada 12 Jun 2020, manakala  tempat lawatan umum seperti Taman Tamadun Islam,  Zoo Kemaman, muzium negeri, muzium daerah, Rumah Warisan Haji Su dan Menara ‘Drawbridge’  pada 15 Jun ini.

Beliau turut mengingatkan agensi dan jabatan yang terlibat memainkan peranan penting agar garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dipatuhi dan diamalkan agar wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya walaupun dengan kelonggaran yang telah dibenarkan. 

"Pematuhan SOP dan 'new norma' ini akan memastikan pelancong boleh bercuti ke negeri Terengganu dengan selamat dan yakin ke mana-mana tempat-tempat ingin mereka lawati," ujarnya.

Jambatan Angkat pelancongan dalam bandar


Sebelum ini, Kerajaan Pusat mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan. - KitaReporters

1
1
1
0
0
You will be interested