Seni & Sukan 05 Sep, 2021

Gara-gara nak melawa! Isteri sanggup curi lembu suaminya! Bayar hutang, beli produk kecantikan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEBAHAGIAN lembu yang dipelihara oleh suami SAH di Desa Sri Kencano Baru, Bumi Nabung,Lampung Tengah. - Kredit Foto : Tribunnews.com


GARA-GARA seorang isteri ingin melawa sepanjang masa tetapi tidak mempunyai wang telah mengakibatkan wanita itu yang bernama SAH, 26, tergamak melakukan kegiatan yang tidak bermoral sehingga sanggup mencuri seekor lembu betina milik suaminya sendiri, Suroto untuk dijual dengan harga Rp5.5 juta (kira-kira RM1,600) semata-mata untuk membeli produk kecantikan dan membayar hutang dua rakannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 24 Ogos 2021 lalu, SAH yang berasal dari Sri Kencano Baru, Kacamatan Bumi Nabung, Kabupaten Lampung Tengah, Indonesia dikatakan menyuruh seorang rakan lelakinya bernama Putu untuk mencuri lembu terbabit yang dipelihara oleh suaminya di kandang untuk dijual kepada pembeli.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh SAH akibat dia dibelenggu masalah hutang selain tidak mempunyai wang untuk membeli produk kecantikan berjenama yang selalu digunakan oleh wanita itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu

LEMBU betina yang dipercayai dicuri oleh isteri Suroto untuk dijual bagi membayar hutang rakan dan membeli produk kecantikan. - Kredit foto: Tribunnews.com


Lembu betina yang dicuri itu sebenarnya kepunyaan seorang penduduk desa berkenaan bernama, Suharto tetapi haiwan itu dipelihara oleh Suroto.

Kecurian haiwan itu pada hari tersebut berlaku pada waktu malam apabila SAH dan suaminya telah pergi ke rumah seorang kawan suaminya tidak jauh dari kampung itu.

Setiba di rumah rakan suaminya, SAH meninggalkan Suroto di rumah kawannya itu dengan alasan dia mahu keluar untuk pergi ke sebuah warung bagi membeli sayuran.

Namun itu hanya alasannya sahaja, sebaliknya SAH sudah berjanji untuk berjumpa dengan Putu berkaitan urusan mencuri lembu yang disangka milik suaminya sendiri dan ketika itu haiwan terbabit sedang berada di dalam kandang.


LEMBU milik warga desa yang dipelihara oleh Suroto berada di kandang. - Kredit Foto : Tribunnews.com


Selepas berjumpa dengan Putu, SAH pulang ke rumahnya dengan sebuah motosikal untuk membuka kandang lembu yang menempatkan seekor lembu betina yang akan diambil oleh Putu dengan menggunakan sebuah pikap untuk dijual kepada seorang pembeli lembu yang sudah dijanjikan.

Selepas urusan percurian lembu itu selesai dilakukan dengan Putu itu, SAH pulang ke rumah sahabat suaminya dan dia memberitahu Suroto bahawa seekor lembu pemeliharaannya sudah hilang di kandang.

Berdasarkan laporan IDM Times pada 2 September 2021 lalu dipetik berkata, berikutan dengan kejadian itu, Suroto pada keesokan harinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Rumbia.

Ketua Polis Daerah Rumbia, Iptu Eko Heri Susanto berkata selepas siasatan dijalankan pihaknya mendapati SAH iaitu isteri mangsa sendiri yang terlibat dengan kes kecurian lembu suaminya itu.


 Kredit Foto : Tribunnews.com


Menurutnya, suspek terbabit berbuat demikian bertujuan untuk menjelaskan hutang dua rakannya dan kini SAH telah ditangkap oleh polis di rumahnya  pada 31 Ogos 2021 lalu.

Eko berkata, SAH akan dihukum di bawah Pasal 363 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana ( KUHP)  yang membawa hukuman penjara selama tujuh tahun.

``Kita mendapati dari hasil jualan lembu curi itu yang dilakukan oleh suspek dan Putu dengan harga Rp5.5 juta adalah untuk SAH membayar hutang Putu sebanyak Rp1.5 juta (kira-kira RM435.00) termasuk faedahnya.

Ini kerana pada mulanya suspek hanya meminjam sebanyak Rp500,000 sahaja dengan Putu itu tetapi disebabkan hutang suspek sudah lama tidak dijelaskan maka dia terpaksa membayar sejumlah Rp1.5 juta,’’ katanya.

Eko memberitahu, manakala Rp4 juta lagi untuk suspek menjelaskan hutang seorang rakannya yang lain kerana sebelum itu SAH juga turut berhutang sebanyak Rp3.5 juta (kira-kira RM1,018) dengan seorang kawan Putu dan baki yang selebihnya itu barulah dia guna untuk membeli produk kecantikan. - KitaReporters


Kredit Foto : Tribunnews.com

13
16
0
13
1
You will be interested