Gaya Hidup 01 Jul, 2022

Piala AFC 2022: Tahniah Kedah! Gah mara ke separuh akhir Zon ASEAN! Begitu juga Kuala Lumpur City!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Kredit foto-foto: FB Kedah FC  


KEDAH Darul Aman (KDA) FC bangkit untuk membelasah Visakha 5-1 dalam saingan Piala AFC 2022, sekali gus mengesahkan juara Kumpulan G dan melayakkan diri ke separuh akhir Zon ASEAN. 

Dalam perlawanan terakhir kumpulan G, Kedah wajib menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan 3 jaringan untuk layak dan mereka seakan-akan berada di landasan tepat apabila Kedah mendapat sepakan penalti untuk membuka jaringan namun sepakan Ronald Ngah tersasar jauh. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Piala AFC



Bagaimanpun Visakha dari kemboja ini yang terlebih dahulu membuka tirai  jaringan apabila Mohammed Faeez Khan menjaringkan gol pada minit ke-18.  

Kedah yang tersentak dengan jaringan tersebut menyusun kembali permainan dan melakukan beberapa serangan bahaya untuk mencari gol penyamaan dan Kedah tidak perlu tunggu lama apabila Mahmoud Al-Mardi berjaya menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-28. 

Mahmoud Al-Mardi sekali lagi menjadi watak penting apabila meletakkan Kedah 2-1 di hadapan sebelum separuh masa pertama tamat. 



Kemasukan Fayadh Zulkifli pada separuh masa kedua ternyata memberi suntikan lebih bahaya di bahagian serangan dan ia membuktikannya apabila umpanan beliau berjaya disudahkan dengan baik oleh Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-54. 

Fayadh sekali lagi menjadi watak penting apabila kali ini beliau meletakkan namanya sebagai penjaring gol pada minit ke-67 dan Ronald Ngah menebus kembali kesilapan beliau apabila meledak jaringan kelima Kedah, sekali gus menutup saingan peringkat kumpulan dengan begitu gah sekali. 



Pada peringkat separuh akhir Zon ASEAN nanti, Kedah akan bertemu dengan wakil Vietnam, Viettel FC pada 10 Ogos 2022 untuk menentukan siapa yang akan layak ke pusingan seterusnya. 

Kuala Lumpur juga berjaya mengesahkan ke separuh akhir dan akan bertemu dengan wakil Indonesia, PSM Makassar pada 9 Ogos. 

Moga wakil Malaysia akan terus melangkah lebih jauh, sekali gus dapat membantu Malaysia mengumpul lebih banyak mata untuk membolehkan lebih banyak kelab dari Malaysia bermain pada peringkat Asia. - KitaReporters



17
13
0
15
0
You will be interested

Video| Liga Super 2022: Jaringan bekas pemain Kedah beri keceriaan! Sabah FC seri lawan KDA FC!

KEDAH Darul Aman (KDA) FC gagal gunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Sabah FC dalam saingan Liga Super 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 49 minutes ago

Video| Wahai Ifa Raziah! Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke? Tegur Ustaz Ahmad Dusuki!

Tular beberapa video sebuah majlis akikah anak keluarga usahawan. Netizen rasa kurang senang apabila lihat Ifa Raziah dan usahawan sensasi Kak KM sakan bergelek
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 hour ago

Menarik sekali! Penyokong minat nak beli saham Kelantan FC! jika terjadi, ia satu sejarah baharu!

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ada terima permohonan daripada penyokong setia berminat untuk beli saham Kelantan FC sebanyak 5% pada harga RM3 juta
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Siapa yang salah? Pelajar tidur, guru siram air! Guru mohon maaf! Akan dikenakan tindakan!

Tular video seorang guru di Kalimantan yang bertindak menyiram seorang murid perempuan yang letakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 5 hours ago