Seni & Sukan 27 Jun, 2022

Untunglah! Lembu didodoi muzik untuk hasilkan susu! Ada petting zoo! Semuanya di ladang tenusu UPM!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


Sebahagian lembu yang dijaga dengan penuh rapi untuk proses penyelidikan.


JIKA daging wagyu dianggap daging paling mahal dan sedap kerana haiwan itu dijaga bagaikan 'raja' dengan segala kemewahan termasuk diberi urutan khas. Di negara kita juga mempunyai lembu dibela dalam suasana mewah dengan didodoi irama muzik sentimental semata-mata untuk hasilkan susu yang enak.

Lembu berkenaan adalah kacukan lembu susu dari berapa negara termasuk New Zealand, Amerika Syarikat dan India yang dikatakan mudah mengalami masalah stres kerana tidak mampu menyesuaikan diri dengan suasana iklim negara ini.

Ini menyebabkan haiwan itu sukar mengeluarkan susu lalu memerlukan jagaan rapi termasuk dihiburkan dengan  irama muzik sentimental untuk menenangkan mereka. Ini dilakukan supaya mereka mampu menghasilkan susu yang bermutu tinggi dan banyak.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ternakan lembu

Lembu yang membersihkan diri di Ladang Farm Fresh UPM.



Ini dikatakan salah satu kejayaan yang dihasilkan oleh ladang penternakan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd yang menjalinkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Ladang Tenusu di Ladang 16, Taman Pertanian Universiti, UPM

Selain tarikan lembu yang dibelai dengan irama sentimental itu, ada satu lagi keistimewaan di ladang ini iaitu petting zoo (zoo haiwan jinak). Di sini semua baka haiwan dilepas bebas di kawasan berpagar dan pelawat dibenarkan menyentuh haiwan tetapi tidak dibenarkan memberi makan.

Pemandu pelancong sambilan yang juga pelajar tahun tiga Universiti Putra Malaysia, Rafik Abdul Razak, berkata dia ditugaskan membantu orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat mengenai haiwan di petting zoo.


Rafik Abdul Razak selain melanjutan pelajarannya, dia juga menjadi pemandu pelancong sambilan.


Menurutnya petting zoo itu menempatkan kebanyakan baka haiwan yang semuanya jantan kecuali rusa yang ada betina. Di situ, ada ayam jantan, ayam mutiara, arnab dan sekumpulan rusa yang jinak 'hidup bersama'.

Rafiz yang mengikuti diploma dalam bidang rekreasi berkata, ladang seluas seekar itu turut dibela lembu kacukan termasuk jenis Friesian dari New Zealand, Austin dari Amerika Syarikat dan SRK Sahiwal dari India

Lembu-lembu itu dikatakan dijaga dengan penuh kemewahan dan didodoi dengan irama muzik selepas satu kajian mendapati haiwan itu, mengalami tekanan dan sukar mengeluarkan susu bila berada dalam iklim negara.

Selain itu, ada juga kawasan khas yang digunakan untuk pertanian hidroponik dan taman-taman bunga yang sesuai dijadikan lokasi foto untuk kenang-kenangan, ayam serama dan baka ayam katik yang ditempatkan di dalam sangkar tidak jauh dari pintu utama



Petting zoo yang dipenuh  baka haiwan jantan. Sentuh boleh, beri makan tidak boleh.


Selain itu, bagi mereka yang sukakan ikan peliharan, ladang itu turut mempunyai akuarium dengan pelbagai jenis ikan laga. Malah ketika membiarkan anak-anak menaiki kuda dan kereta api untuk mengelilingi kawasan di situ, ibu bapa bolehlah berehat sambil menikmati keindahan ikan-ikan laga berkenaan.

Sementara itu Farm Fresh UPM dalam satu kenyataan memberitahu sempena pembukaan semula ladang berkenaan pada 23 Mei 2022 lalu, harga prapembukaan tiket lawatan ke ladang adalah seperti berikut:

Dewasa (+13 & ke atas) : RM10

Kanak-kanak bawah 12 tahun : RM5 

Kanak-kanak bawah 6 tahun : Percuma.

Lawatan ke ladang bermula jam 10 pagi hingga 7 malam dan waktu restoran beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan tempahan terakhir diambil pada jam 8.30 malam. - KitaReporters



Naik kereta api cho-cho. Tarikan untuk kanak-kanak. Gambar di bawah ialah cara menanam hidroponik.


14
14
0
11
0
You will be interested