Seni & Sukan 12 Feb, 2021

Sangat kreatif! Cukup unik! Farah Lina hasilkan 13 Disney Princess pakai baju tradisi Melayu!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RATA-RATA daripada kita mengetahui bahawa negara Malaysia kaya dengan pelbagai budaya yang unik dan sehingga menjadi perhatian ramai pelancong apabila melawat ke Malaysia.

Di Malaysia kita semua mengetahui bahawa terdapat pelbagai etnik dan budaya serta tradisi yang boleh kita semua pelajari oleh masyarakat setempat dan juga pelancong luar.

Kini pakaian tradisional seperti kebaya, sari, dan cheongsam semakin hari semakin dilupakan oleh generasi muda zaman sekarang.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pakaian:

https://kitareporters.com/search?search=pakaian



Oleh itu seorang gadis tular dalam media sosial kerana mempunyai inisiatif untuk melukis pakaian tradisi Melayu mengikut negeri dengan sangat kreatif dan cukup unik.

Dikatakan gadis ini telah menghabiskan 3 bulan untuk melukis 17 kartun Disney Princesses (Puteri-Puteri Disney) dengan pakaian tradisi etnik Melayu mengikut negeri.

Semua lukisan gadis ini sangatlah cantik mengikut negeri-negeri tersebut. Setiap negeri ini mempunyai pakaian tradisi Melayu yang sangat cantik dan unik tanpa kita semua ketahui.

Antara negeri yang 17 kartun Puteri-Puteri Disney dengan pakaian etnik Melayu ialah: 


1) Perlis Indera Kayangan


2) Kedah Darul Aman


3) Pulau Pinang Pulau Mutiara


4) Perak Darul Ridzuan


5) Selangor Darul Ehsan


6) Negeri Sembilan Darul Khusus


7) Melaka, Bandaraya Bersejarah


8) Johor Darul Takzim


9) Pahang Darul Makmur


10) Terengganu Darul Iman


11) Kelantan Darul Naim


12) Sabah Negeri Di bawah Bayu


13) Sarawak Bumi Kenyalang


Rata-rata netizen memuji seni lukisan gadis ini yang sangat kreatif dan cantik. 

Semoga gadis ini dapat mengembangkan bakatnya yang terpendam dengan pelbagai karya lukisan yang mampu membuatkan beliau dikenali di seluruh dunia. 




Bagi anda yang ingin melihat karya seni lukisan gadis ini, anda boleh lawat Instagram miliknya iaitu @farahlinadaim atau nama sebenar gadis ini Farah Lina Daim. - KitaReporters


6
12
0
2
0
You will be interested