Seni & Sukan 29 Sep, 2021

Terengganu bakal beralih kepada Fasa 4 PPN! Jika perkembangan positif, mungkin hujung Okt 2021!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Sebahagian pelajar di daerah Marang, Terengganu yang menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di SMK Pengkalan Berangan, Marang pada 28 September 2021.


TERENGGANU bakal beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir Oktober 2021 selepas proses memberi vaksinasi COVID-19 kepada penduduk negeri tersebut menunjukkan perkembangan positif.

Perkembangan yang ditunggu-tunggu itu diberi bayangan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mengambil kira kadar pemberian dua dos vaksin yang kini mencecah 82.7 peratus, manakala satu dos sudah mencapai 91.2 peratus.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Fasa 4 PPN

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar


Dr Ahmad Samsuri berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Pandemik COVID-19  yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan hal itu pada Rabu, 29 September 2021.

Katanya, setiap kali mesyuarat pihak berkaitan akan melihat data-data di setiap negeri untuk menentukan mana-mana negeri yang boleh beralih ke fasa seterusnya dalam PPN. 

Beliau berkata, antara data yang bakal dibentangkan termasuklah kadar pengunaan katil bilik unit rawatan rapi, jumlah peratusan vaksinasi serta kadar jangkitan dalam jumlah 100,000 penduduk.

“Jika menampakkan perkembangan positif, kemungkinan Terengganu akan dibenarkan masuk ke Fasa 4 pada hujung Oktober 2021,” katanya ketika hadir pada Program Pemberian Vaksin Kepada Pelajar Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, Marang, pada Selasa, 28 September 2021.


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bertanya kkabar kepada seorang pelajar yang hadir menerima Vaksin COVID-19. - Kredit gambar:  Media MB Terengganu


Ahmad Samsuri berharap seluruh masyarakat termasuk rakyat di Terengganu perlu bersedia berdepan dengan fasa endemik COVID-19, di mana rakyat perlu hidup dengan virus berkenaan.

“Sebab itulah pentingnya perlu lengkap vaksinasi supaya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa, sekiranya tidak, ekonomi negeri dan negara serta kehidupan rakyat akan terus merundum,” katanya.

Seramai 1,429 pelajar tingkatan satu hingga tiga hadir bagi bagi mendapatkan suntikan vaksin dos pertama di pusat vaksinasi tersebut. Dos kedua pula dijangka akan dilaksanakan pada 19 Oktober 2021.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 5,627 pelajar di daerah Marang. 

Tiga pusat vaksinasi lain adalah SMK Seri Seranting, SMK Bukit Sawa dan SMK Seberang Marang. - KitaReporters


Dr Ahmad Samsuri meninjau proses pemberian vaksin kepada pelajar-pelajar di daerah Marang, Terengganu

13
10
0
13
1
You will be interested