Seni & Sukan 14 Feb, 2022

Fasha Sandha tidak terkesan dikecam netizen! Duta Telekung Raya Bella Ammara! Masih free hair!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

Fasha Sandha bersama Sharifah Nabila Al-Yahya memperlihatkan koleksi Telekung Raya Bella Ammara.


PELAKON Fasha Sandha, 38, melahirkan rasa terharu dan teruja apabila ditawarkan sebagai wajah  untuk kempen mempromosikan koleksi Telekung Raya Bella Ammara 2022 sedangkan beliau masih belum berhijab.

“Apabila menerima tawaran tesebut, Fasha bertanya balik kepada diri sendiri, bolehkah Fasha menerimanya sedangkan Fasha masih ‘free hair’, “ ujar pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ketika ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta Telekung Raya Bella Ammara 2022 di Shah Alam semalam, Ahad, 13 Februari 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telekung

Dari kiri: Zizi Kirana, Fasha dan Sharifah Nabila menggayakan koleksi telekung raya 'Kirasha'.


Selain Fasha turut dilantik bersamanya, penyanyi yang baharu lima bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Yusof Bahrin iaitu Zizi Kirana, 37, yang sudah pun berhijab pada pertengahan tahun 2021 lalu.

Pelantikan Fasha dan Zizi menjadi pilihan pengasas Bella Ammara, Sharifah Nabila Al-Yahya yang menyifatkan kedua-dua selebriti popular itu mempunyai karisma masing-masing yang tersendiri.

“Saya tertarik dengan karakter pelakon popular Fasha Sandha serta kisah penghijrahan penyanyi terkenal Zizi Kirana,” ujar Sharifah Nabila atau lebih mesra disapa Bella berhubung pemilihan kedua-dua artis berkenaan.

Berkongsi lanjut mengenai kesudiannya menerima tawaran Bella, Fasha memberitahu, setelah diyakini sebab musababnya dan akui pemakaian telekung adalah satu kemestian kepada semua wanita yang wajib mengerjakan solat sama ada berhijab atau tidak, baharulah beliau bersetuju menerimanya. 



“Lagi pun dengan menjadi duta saya berharap ia langkah awal dalam menyuntik semangat bagi saya untuk berhijrah apabila hati sudah terbuka ke arah itu,” tambah Fasha yang belum dapat memberikan bayangan bila waktunya beliau akan berhijrah tetapi keinginannya memang ada tertanam di dalam sanubarinya.

Tambahnya, “berhijab itu mudah tetapi istiqamah itu bukan senang, saya takut apabila dah berhijab tiba-tiba buka kembali apabila belum benar-benar bersedia, jadi biarlah masa akan menentukannya dan saya tidak kisah apa pun pendapat netizen asalkan kita tahu diri kita.”

Pun begitu, katanya, faktor lain yang menyebabkan kesanggupannya menjadi wajah Telekung Raya Bella Ammara terletak pada kualiti dan produk berkenaan yang mampu milik apatah lagi harganya berpatutan.

“Saya seorang yang tidak akan membuat sebarang kempen kepada produk yang saya tidak pasti akan kualitinya tetapi apabila mencuba telekung Bella Ammara ia sangat selesa, trendy dan pembuatannya kemas serta cantik,” ujar Fasha sambil menambah kata bukan prinsipnya untuk menjadi ‘duta’ semata-mata kerana bayaran,


Hitam dan putih dua rona pilihan koleksi Sharifah Eksklusif.


Bagi pemenang tiga kali Pelakon TV Wanita Popular dan dua kali Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ini, beliau mengambil tempoh tiga minggu untuk menerima tawaran  selepas membuat kajian terhadap produk dan latar belakang syarikat Bella Ammara, yang telah bertapak selama 10 tahun dalam industri Pakaian Muslimah.

“Saya bukan menerima kerana mengejar duit tetapi keberkatan dalam mencari rezeki mesti ada sebab apabila hendak melakukan promosi kita harus jujur dan bercakap benar dan tidak berbohong hanya kerana duit,” akui Fasha jujur sambil mendedahkan rasa gementarnya memperagakan gaya telekung buat pertama kali di hadapan kamera.

"Sungguh, ini pertama kali Fasha menggayakan telekung, kekok juga pada mulanya," tambahnya dalam ketawa kecil.



Telekung Raya Bella Ammara 2022  mempunyai dua koleksi di bawah nama Kirasha (gabungan nama Kirana dan Fasha) dan Sharifah Eksklusif dengan pilihan enam warna kesemuanya iaitu biru, hijau, peach, nude, hitam dan putih.

Berharga dari RM259 sehingga RM349 untuk setiap set kotak telekung yang dilengkapi bersama  sejadah dan tote bag kanvas, Bella Ammara menyasarkan jualan mampu mencapai RM8 juta untuk keseluruhan 26,000 set eksklusif pada musim Ramadan dan Raya tahun 2022 ini melalui kempen yang bakal dijayakan oleh Fasha dan Zizi Kirana.

"Menariknya ia dipek eksklusif sehingga boleh dijadikan hadiah sempena Ramadan dan musim Raya tahun ini, Sangat comel dan mudah dibawa ke mana-mana dalam bag yang disediakan,” akhiri Fasha sambil memberitahu, Bella Ammara turut membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan tambahan sebagai ejen jualan.

Bella Ammara mempunyai 5 butik fizikal di Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi, Sungai Petani dan Johor Bahru dan ejen jualan di seluruh Malaysia, Brunei & Singapura. - KitaReporters


14
17
0
17
0
You will be interested