AKIBAT berkongsi video dalam media sosial menunjukkan dirinya sedang memarahi kucing-kucing peliharaan berkenaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa mulai Isnin, 4 Mei 2020, selebriti terkenal Azwan Ali ditegur oleh pencinta kucing dan Persatuan Haiwan Malaysia. Asyik memarahi orang lain, kan dah kena balik!! : KitaReporters
Pada 3 Mei 2020, Azwan telah memuat naik satu video dalam Instagram dan Twitter menunjukkan dia sedang memarahi beberapa ekor kucing peliharannya berkenaan PKPB sambil memegang sebatang rotan.
Dalam video berkenaan kelihatan kucing-kucingnya itu seperti ketakutan kerana dimarahi.
Justeru, ia dikatakan mengundang rasa tidak puas hati pencinta kucing.
Azwan memohon maaf secara terbuka berikutan videonya memarahi kucing peliharaan mendapat reaksi para pencinta kucing.
Namun, hakikatnya Azwan hanyalah bergurau dan dalam
masa yang sama mahu menyedarkan masyarakat di luar sana agar patuh pada arahan
PKPB.
Menurut Azwan dalam kenyataan terbaharunya, dia
telah memadam video berkenaan dari laman sosialnya dan memohon maaf kepada
pihak yang terasa dengan tindakannya itu.
Menurut Azwan, sudah tentu dia sangat menyayangi kucing-kucing peliharaannya.
“Maaf terbuka kepada Persatuan Haiwan Malaysia dan semua pencinta kucing!
"Sebenarnya video itu bersifat gurauan semata-mata dan tidak berniat sama sekali atas apa jua sebab lain.
“Diva AA telah pun padamkan video itu di semua platform
media sosial (Instagram dan Twitter) Diva AA,” jelasnya.
Sementara itu, pengikutnya dalam Instagram memahami video yang mencetuskan kontroversi itu hanyalah gurauan semata-mata.
Mereka tahu Azwan tidak berniat untuk menakutkan kucing-kucingnya.
“Pada saya itukan hanya gurauan, kiasan kepada manusia degil di luar sana. Bukanlah nak mendera kucing. Saya pencinta kucing juga,” tulis salah seorang netizen.
Pengikut percaya Azwan hanya bergurau dengan kucing-kucingnya itu.
Pada Mac 2020, Azwan Ali didenda RM17,000 selepas mengaku bersalah memuat naik video menghina petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.
Azwan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, sabit kesalahan boleh penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya. - KitaReporters