Seni & Sukan 16 Apr, 2020

DUDUK DI RUMAH!! PELUANG BERKASIH SAYANG!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters


Renungan

Menulis dari jiwa


Kalut dan riuh rendah

Bila ibu bapa kerja dari rumah

Anak pun sama sibuknya

Bersepah buku merata-rata


Hendak marah tak jadi

Mereka pun dah bosan

Terperap dah lebih sebulan

Biarkan sahaja asal tak beban


Oh ya...

Dah masuk PKP ketiga.

Alhamdulillah, nampak tenang walau masih ada yang keras kepala.

Biar undang undang yang selesaikan.

Ghairah sangat hendak tunjuk pandai.


Hari ini kita cerita tentang suasana di rumah bila ibu bapa bekerja dari rumah.

Macam mana agaknya ya?

Kalut sudah pasti.

Terutama yang ada baby dan anak yang masih kecil.


Tetapi inilah nikmat hidup sebenarnya.

Suasana yang akan dirindui bila PKP berlalu dan Covid-19 dinyahkan dari dunia ini.


Suasana ini mengajar kita akan rasa tanggungjawab terhadap rumah tangga dan di tempat kerja.

Cara mengurus masa dan aliran kerja boleh dimantapkan.


Pada saya tidak banyak berbeza, pejabat dan rumah.

Yang berbeza tempatnya sahaja.

Lebih santai, tidak formal dan lebih rileks.

Bangun pagi macam biasa. Urus anak pun macam biasa, cuma anak anak tak ke sekolah dan tadika.

Siapkan breakfast ala kadar. Sebab kita kena work smart.


Tempat jam 9 pagi, buka laptop. Mulakan kerja.

Berinteraksilah macam kita ada di pejabat. Boleh bergelak ketawa dan bersembang macam biasa.

Boleh minum dan cicah biskut dan teh 0 panas lagi.


Anak menangis boleh berhenti sekejap dan buat susu...

Boleh layan anak buat kerja sekolah lagi.

Boleh ke dapur memasak satu dua jenis lauk.

Sempat lagi sidai kain.


Waktu makan tengah hari boleh makan bersama suami/isteri dan anak-anak.

Berselera semua. Alhamdulillah.


Selesai makan, kemas mana patut.

Tunaikan tanggungjawab pada yang Esa.

Tidurkan anak anak jika perlu.

Sambung buat kerja.

Boleh minum petang sekejap, main dengan anak.

Sampai tamat waktu kerja jam 5 petang atau overtime sampai 7 ptg.


Tutup laptop. Tarik nafas.

Selesai tanggungjawab kerja dari rumah.

Kerja di rumah pun beres.

Malam, boleh masak atau makan apa ada.


Nampak payah, tapi mudah jika diambil positif.

Soalnya, hendak dengan tidak sahaja.

Boleh atau tak boleh.


Itulah nikmat yang Allah beri.

Yang selama ni kita terlepas pandang.

Tapi Allah kirim pada masa yang tepat supaya kita ingat kepada-Nya.

Ingat tanggungjawab dan perintah-Nya

Pada saat kita berkasih sayang di dalam rumah.


Bersyukurlah kepada Dia.

Buka minda kita. Ikhlaskan hati kita.

Menerima ujian dengan lapang dada dan menghadapi keadaan dengan penuh keinsafan.


Iktibar untuk kita.

Di manapun berada, tanggungjawab perlu diutamakan. Susah senang, kita redah. Berserah kepada Allah, semua akan menjadi mudah.


Saya teruja dengan suasana ini tapi bangga pada ibu bapa yang berada dalam situasi ini. Syabas dan tahniah.

Kalian ibu bapa yang hebat!


❤️🌹 Dalam kepayahan ada bahagia. Bahagia yang datang bukan dipaksa, tetapi terbit dari rasa. Kita yang mencorak dan mewarnainya. Kita yang menciptanya untuk sampai ke syurga. ❤️🌹 - KitaReporters
2
0
0
0
0
You will be interested