Seni & Sukan 01 Jun, 2020

Video Dear Love... Ashraf! BCL teruskan tradisi sambut raya

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah andaian yang dapat dirasakan apabila menonton video yang dimuat naik oleh penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), 37, bagi mengenang arwah suaminya, Ashraf Sinclair sempena Syawal baru-baru ini. - KitaReporters

Bunga Citra Lestari bersama anaknya, Noah Sinclair. Foto kredit IG @bclsinclair.


Diberi judul ‘Dear Love… (episod pertama), video khas yang dimuat naik dalam saluran YouTubenya menyaksikan gabungan pelbagai potongan video Ashraf meraikan Hari Raya AIdilfitri ketika hayatnya.

"Dear Love, tidak terasa waktu berjalan begitu cepat, kerana rasanya seperti baru kelmarin kita merayakan Aidilfitri sama-sama, bersilaturahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat di rumah.

"Saya juga masih ingat kita berbincang bagaimana mahu menghidangkan cinnamon rolls, siapalah yang sangka, itu merupakan Aidilfitri terakhir kita bersama,"  antara kata BCL dalam video tersebut.


Mendapat tontonan melebihi 8,000 selepas tujuh jam dimuat naik dan terkini mencapai lebih 3 juta tontonan serta 410,000 tanda suka, BCL menulis: 

"ini bukanlah perjalanan yang mudah… bahkan ku masih tak tahu berada di mana… Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah.. Tapi ku terus berjalan.. Karena ini adalah sebuah proses panjang yang harus dijalani…"

Walaupun dengan ketiadaan Ashraf di sisi, pelantun lagu “Wanita Terbahagia” ini mahu meraikan suasana Aidilfitri sebagaimana lazimnya diraikan bersama arwah suami tercintanya itu supaya anaknya, Noah Aidan SInclair, 10, dapat terus mengingati momen terindah berkenaan.

“Dear Love… meskipun raga mu sudah tiada tetapi jiwa mu sentiasa ada bersama saya dan doa untuk mu cara saya meluahkan rasa cinta,” ujar BCL.

Pada hari pertama Aidilfitri, BCL turut berkongsi rasa syukurnya dapat berpuasa serta merayakan lebaran bersama orang-orang yang tersayang, dan memohon kepada Allah agar menjaga Ashraf. 

Paling utama, beliau bersyukur, ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman yang dipanggil ummi sanggup menemaninya selama dua bulan seterusnya menyambut lebaran bersama.

Masih mengekalkan tradisi lama ketika arwah hidup, sambutan Aidilfitri dimulakan dengan bertakbir dan bacaan surah Yasin di rumah, namun bezanya kali ini disebabkan COVID-19, mereka melakukannya secara online ditemani seorang Ustaz.


“Kita solat raya di rumah… sangat indah dan pengalaman baharu AIdilfitri tahun ini. 

"Rasanya sangat bebeza ditambah pula kondisi pandemik, tak boleh keluar rumah untuk bersolat atau beraya bersama,” tambah Bunga yang  turut ditemani ibu bapanya, Muchlis Rusli dan Emmy Sharif serta beberapa lagi saudara terdekat.

Dalam entri terbaru dalam Instagramnya, BCL berkongsi sekeping gambar arwah sedang bermain dengan warna-warna, merupakan gambar pertama  yang dimuat naik ke Instagram selepas arwah meninggal dunia pada 18 Februari 2020.


"Hey You, I miss you... Each and everyday..." tulis BCL ringkas sekali gus perkongsiannya itu mendapat lebih 1.8 juta tanda suka dan lebih 34,000 komen daripada rakan-rakan artis dari Indonesia dan Malaysia serta peminat setianya.

Al-Fatihah... semoga Allahyarham Ashraf ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh. - KitaReporters


Antara para artis yang meninggalkan komen - Melly Goeslow, Laudya Cynthia Bella, Luna Maya, Nur Fazura, Yuna, Nora Danish dan Atikah Suhaime.

2
1
2
1
1
You will be interested