Seni & Sukan 05 Apr, 2022

Video| Polis bingung! Lelaki buat laporan diri tertipu! Hendak beli ganja tapi dapat daun seledri!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

LELAKI yang mendakwa dirinya tertipu dengan penjual dadah membawa bungkusan daun seledri ketika membuat laporan polis. - Kredit foto: Tribunnews.com


KES dadah yang melucukan menyebabkan polis menjadi bingung apabila seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pemandu ojek menjadi mangsa penipuan daripada penjual barangan terlarang itu selepas dia membeli ganja tetapi memperolehi sebungkus daun seledri, baru-baru ini.

Lelaki terbabit yang bernama IY berumur 30 tahun berasal dari Kecamatan Plaju, Palembang membuat laporan polis akibat menjadi mangsa penipuan itu di Sentra Pelayanan Kepolisian Terpadu (SPKT) di Balai Polis Palembang pada 28 Mac 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tidak siuman

Kredit foto : Tribunnews.com



Menurut IY, dia merasa tertipu sebelum membuat laporan polis kerana dia hendak membeli sebungkus ganja tetapi ternyata daun tanaman lain yang berwarna hijau yang diberikan oleh penjual terbabit kepada mangsa.

 Akibat menjadi mangsa penipuan itu, pemandu ojek atau dipanggil ojol itu yang memakai baju jaket berwarna hijau telah datang membuat laporan polis dengan membawa bungkusan daun seledri itu sebagai barang bukti.

Tribunnews.com pada 31 Mac 2022 lalu dipetik melaporkan, berikutan dengan kejadian tersebut, sebuah video dirakam berdurasi selama 30 saat dan viral dalam media sosial Instagram pada 29 Mac 2022 lalu.


IY yang dipercayai lelaki kurang siuman hadir ke balai polis untuk membuat laporan selepas dirinya ditipu oleh penjual dadah. - Kredit foto : Tribunnews.com


Menurut polis, ketika membuat laporan lelaki terbabit meminta pihak polis menyiasat kes tersebut kerana dia tidak menerima bungkusan ganja asli yang dibeli dengan harga Rp50 ribu (RM15) di sebuah kawasan di daerah Kelurahan 7 Ulu, Seberang Ulu 1, Palembang.

“Cuba jingok bukak dulu apo dia yang kau bawak itu (cuba buka, lihat dulu apa yang kamu bawa itu),” kata anggota polis.

“Daun pak,” jawab IY.

“Biaso bila ganja di mano (biasa beli ganja di mana),” tanya anggota polis lagi.

“Di 7 Ulu, pak,” kata lelaki itu.

Jawapan lelaki itu membuatkan beberapa anggota polis yang berada di ruang SPKT ketawa.

“Jadi ngapo kau ke sini (Jadi kenapa kamu ke sini),” tanya anggota polis.

“Aku nak melapor ditipunyo Pak (saya mahu melapor ditipu),” jawab IY.


Kredit foto : Tribunnews.com



Sementara itu, Kapolrestabes Palembang, Kombes Pol Mokhammad Ngajib memberitahu hasil siasatan polis kerana mencurigai tingkah laku pelaku itu telah mendapati bahawa lelaki tersebut adalah Orang Dalam Gangguan Jiwa (ODGJ) atau kurang siuman.

Menurutnya, hal itu diakui, berdasarkan perjelasan dan pengakuan ahli keluarganya dan Ketua RT setempat terhadap pelaku itu.

“Pihak kami telah berjumpa ahli keluarga dan tempat tinggal lelaki terbabit (IY) bahawa dia adalah orang tidak siuman,” katanya. - KitaReporters


Kredit foto : Tribunnews.com 

12
14
2
10
0
You will be interested