Seni & Sukan 24 Aug, 2022

Video| Apa nak jadi da? Adi Putra terkilan! Johan As'ari tersinggung! Studio Kembara terus membisu!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PELAKON watak Mat Kilau, Adi Putra, 41, masih terkilan dengan pihak penerbit Studio Kembara dan tetap berpegang kepada prinsip untuk tidak menghadiri tayangan perdana filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ pada  Jumaat, 26 Ogos 2022  di Jakarta, Indonesia.

Namun dia bersedia ke sana jika diundang secara rasmi oleh pihak pengedar dan penganjur di Indonesia.

"Saya masih berpegang prinsip untuk tak hadir di sana (Jakarta) melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur dari Indonesia yang menjemput saya untuk hadir, insya-Allah saya akan hadir mengikut ruang dan waktu saya," kata pelakon ini.

Datuk Adi Putra (Mohamed Hadi Putera Halim) berkata demikian kepada pengamal media selepas Majlis Pratonton Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di Kuala Lumpur, pada Isnin, 22 Ogos 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Adi Putra


Menurut Adi, pihak syarikat penerbitan, Studio Kembara masih bersikap 'silent mode'.

"Sampai sekarang mereka 'silent mode' sebab selepas 11 kali mereka hubungi saya, saya tak jawab sebab terkilan. Saya terkilan kerana cuba menghubungi mereka selama dua minggu. Saya tak menyimpan hati tapi minta maaf dan berlapang dada. Namun, sampai sekarang belum hubungi saya lagi.

"Saya berlapang dada kerana kita harus bersikap profesional dan berkata benar. Saya mendoakan supaya 26 Ogos (2022) nanti semoga filem Mat Kilau mendapat perhatian besar di sana," katanya kepada media.  

Terdahulu Adi Putra ditemui pada Majlis Pratonton Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa di Kuala Lumpur pada Isnin, 22 Ogos 2022. 


Kredit foto: IG Adi Putra


Menurut Adi, dia masih terkilan dengan sikap pihak penerbitan yang disifatkan gagal berkomunikasi dengan baik

"Perasaan tepat untuk menggambarkan adalah terkilan. Setiap manusia tidak sempurna dalam masa sama saya hormati penerbit, ikut dan buat seperti diamanahkan dalam kontrak.

"Kita dah sempurnakan tanggungjawab. Dah galas dan saya sendiri secara peribadi seperti dikatakan tadi manusia tak sempurna ada perasaan seperti gembira, sedih dan terkilan," katanya.

Ditanya sejauh mana kesediaannya untuk membintang filem Mat Kilau 2 seperti yang dicanang sebelum ini, Adi masih mempertimbangkan perkara itu.

"Filem Mat Kilau 2 saya akan pertimbangkan. Komunikasi sangat penting. Komunikasi akan pergi pada diskusi.

"Jadi, saya akan pertimbangkan sewajarnya. Setiap pengajaran akan ada hikmah terbit sebagai satu iktibar. Saya nak menyatakan untuk laksanakan itu tidak," katanya.


/

Adi Putra dan Johan As'ari  terguris dengan Studio Kembara

Turut tersinggung dengan Studio Kembara ialah pelakon yang memegang watak Yasin, Johan As'ari. 

Johan terkilan dengan tindakan syarikat penerbitan itu kerana menggugurkan namanya daripada senarai barisan pelakon filem itu pada Malam Gala di Jakarta, Indonesia pada 26 Ogos ini.

Menurut Johan, 36, atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, perkataan ‘digugurkan’ itu kedengaran tidak manis dan memberi interpretasi yang berbeza.

"Saya tertanya-tanya mengapa mereka menggunakan perkataan ‘digugurkan’. Tak adakah perkataan lebih indah untuk digunakan?

"Saya anggap kelakar dan tidak profesional. Kalau saya tak pergi pun saya okey. Kalau saya dijemput oleh pengedar atau figura dari sana pun saya okey. Saya tak kisah keluarkan perbelanjaan sendiri," katanya kepada pihak media.



Johan menulis dalam ruangan komen hantaran Adi yang membayangkan dia seolah-olah menyokong tindakan Adi.

"Kalau abang Kilau tidak hadir ke Malam Gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis tersebut," tulisnya sambil mengiringi komen itu dengan tanda pagar #taatpadayangsatu.
Filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dijangka mula ditayang umum di Indonesia mulai hujung Ogos 2022 dan meliputi 200 pawagam. - KitaReporters

9
12
0
9
0
You will be interested