Seni & Sukan 28 Aug, 2022

Video| Badminton Dunia 2022: Hadiah merdeka! Aaron Chia-Wooi Yik juara beregu! Penantian 45 tahun!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta sejarah dalam arena badminton negara apabila muncul juara dunia selepas berjaya menewaskan pasangan dari Indonesia, Mohamed Ahsan-Hendra Setiawan straight set, 21-19, 21-14 pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 yang diadakan di Tokyo, Jepun pada hari ini Ahad, 28 Ogos 2022. 

Beregu negara mengambil masa 42 minit untuk mencatat kemenangan dan lebih membanggakan, mereka menamatkan penantian selama 45 tahun untuk melihat wakil negara berada di atas pentas selaku juara dunia.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton

Kredit foto: Twitter BWF


Kredit foto: Twitter Badminton Updates


Meskipun rekod pertemuan tidak memihak kepada mereka, namun itu bukan halangan buat pasangan beregu Malaysia membuktikan bahawa mereka sememangnya berada pada prestasi terbaik ketika ini. 

Set pertama beregu negara berjaya mencatat kemenangan 21-19 dalam masa 25 minit dalam perlawanan yang sangat mendebarkan. Hampir tewas namun mereka bangkit untuk menafikan kemenangan pasangan Indonesia ini. 

Moral kemenangan set pertama ternyata memberi impak buat pasangan negara apabila mereka terus mempamerkan permainan yang lebih agresif dengan mendapatkan mata demi mata dan terus menjarakkan pungutan mata. 

Hassan dan Hendra cuba bangkit untuk mengejar namum mereka mengalami kesukaran dek gaya permainan Aaron serta Wooi Yik yang lebih baik dan terpaksa akur apabila makin jauh ketinggalan untuk mengejar mata dan mereka tewas dalam masa 17 minit sahaja. 

Kemenangan ini sudah pasti satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia dan ia adalah hadiah terbaik sempena Hari Kemerdekaan Malaysia. - KitaReporters


Kredit foto: Twitter Badminton Updates


17
13
0
10
0
You will be interested