Seni & Sukan 24 Jul, 2022

Vided| Selepas Cinta, Marsha Milan Kembali Terang! Lagu diinspirasikan daripada pengalaman hidup!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


KETIKA memulakan langkahnya menceburi bidang seni nyanyian melalui pertandingan realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke-3, gadis berketurunan Kadazan-Dusun ini sekadar meraih tempat ke-4 selepas Amylea, Felix dan Mawi selaku Juara.

Pun begitu Marsha Milan Londoh, tidak pernah kecewa tetapi terus melangkah menimba pengalaman sehingga ke cabang lakonan, seterusnya diberi peluang juga sebagai pengacara beberapa program hiburan seperti antaranya Mentor Milenia. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Marsha Milan



Kesabarannya selama 17 tahun bergelar penyanyi akhirnya membuahkan hasil apabila Marsha Milan memenangi dua kategori sekali gus sebagai pembawa lagu Naib Juara, ‘Cinta’ ciptaaan Akim dan Stacy serta memenangi untuk dirinya sendiri  trofi Anugerah Persembahan Terbaik.

Kemenangan itu membuktikan vokal isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam ini semakin mantap melalui pengalaman dan usia.

Terbaharu, wanita berusia 36 tahun ini kembali mempertaruhkan lagu bertajuk ‘Kembali Terang’ yang diciptakan khas oleh Senna dan Ajin untuk Marsha waima lirik yang ditulis Senna diinspirasikan daripada pengalaman Marsha sendiri.



“Kejayaan lagu Cinta yang lalu membuka lebih ruang kepada Marsha untuk berkarya dan menunjukkan kelebihan yang ada pada Marsha sekali gus membuka pintu rezeki Marsha untuk lebih maju,” ujar Marsha yang kini sudah mampu menduduki kerusi juri dengan mengadili pula bakat-bakat baharu melalui program ‘Suara Viral”.

Menurut penyanyi lagu Kembali Terang ini, beliau bersyukur kerana masih lagi diberikan kepercayaan dan peluang oleh Alternate Records & Talents untuk melahirkan sebuah lagi lagu di bawah label yang sama.

“Lagu terbaharu Marsha yang bertajuk Kembali Terang ini diharapkan dapat diterima oleh semua orang lebih-lebih lagi, lagu ini benar-benar dekat dengan Marsha,” jelasnya sambil berharap peminat dan pendengar akan terus menyokong kerjaya seninya supaya beliau dapat melahirkan lebih banyak lagu untuk semua.



Sementara itu, Ketua Pengurusan Alternate Records Sdn Bhd, Prakesh Swaminathan berpendapat Marsha sememangnya layak diiktiraf sebagai penyanyi yang mempunyai vokal cukup baik setelah membuktikan kejayaannya melalui lagu ‘Cinta’.

“Kembali Terang ini merupakan lagu ke-2 yang kita buat bersama Marsha dan pastinya akan ada lebih banyak lagu yang bakal dihasilkan bersama. 

“Dalam lagu terbaharu ini, kita mengetengahkan lagi kelebihan yang ada pada Marsha iaitu vokalnya. Jadi, saya harap dengan lahirnya lagu Kembali Terang ini akan sekali gus membantu Marsha untuk pergi lebih jauh,” tambah Prakash.

Lagu Kembali Terang ini boleh didengari dalam semua pelantar digital  dan muzik video bakal dipertontonkan di saluran Youtube Alternate Records & Talents tidak lama lagi.  - KitaReporters


13
11
0
10
0
You will be interested