Lalu dia sedia menerima tawaran komposer popular Eddy Hamid untuk merakam single dialek Kelantan berjudul ‘Bey Kelik Laa Bey’ (Hei, Baliklah, Hei) beberapa bulan lalu.
Baby Shima mengakui pada mulanya, dia tidak yakin dengan tawaran itu tetapi tetap ingin mencuba. Lalu dia banyak mendengar dan memerhati cara orang Kelantan bercakap, dan cuba bercakap dalam loghat Kelantan dengan beberapa rakan.
Dan juga mula suka makan budu untuk ‘menyerap’ diri sebagai orang Kelantan.

Tanpa malu Baby Shima mengakui ketika rakaman dia kerap tersilap menyebut perkataan tertentu.
Namun dia berterima kasih kepada pencipta melodi dan produser Eddie Hamid (Abdul Hamid Adenan), 63, yang menjaga rakaman kerana sabar membetulkan kesilapan sebutannya.
Dalam lagu dan klip videonya Eddie Hamid muncul dirangkap terakhir.

Baby Shima tidak keberatan pada masa hadapan untuk menyanyikan lagu dailek Kelantan lagi dan percaya kemampuan Eddy Hamid mencipta lagi dialek Kelantan dan membimbingnya sebagai salah seorang penyanyi dialek Kelantan.

Lagu-lagu loghat Kelantan tetap popular di Negeri Cik Siti Wan Kembang itu dan terdapat sejumlah penyanyi lelaki dan wanita yang bergiat secara aktif merakam lagu dan mengadakan pertunjukan pentas dengan batas yang ditetap oleh Kerajaan negeri.
Antara yang popular ialah Eda Ezrin dan Den Manjo yang meletup dengan lagu 'Cinta Setandan Pisang' (Bea Sobar Bea).

Selain suara yang menarik, gaya gediknyalah yang membuat Baby Shima mampu mencipta nama di Indonesia sebagai penyanyi dangdut dan punya ramai peminat di negara itu dan menjadi antara penyanyi dangdut yang laris di Indonesia.