
Kejayaan
membimbing pasukan petanque negara ke pentas antarabangsa membuktikan kehebatan
apabila menjadi menerima pengiktirafan berprestij negara.
Pensyarah Politeknik
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) yang juga Pengurus pasukan petanque Universiti
Malaysia ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 di Surabaya, Indonesia,
Mohd Zool Fazlee Basir diraikan atas komitmen cemerlang dalam membimbing
pasukan negara ke pentas antarabangsa.
Beliau diraikan dalam Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan AUG 2024 dan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Universiti Malaysia ke Sukan Universiti Dunia atau World University Games (WUG) 2025 di Jerman yang diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya.

Majlis penuh
gemilang itu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri
Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sebagai penghargaan kepada atlet dan pengurus
pasukan universiti yang telah mengharumkan nama Malaysia di kejohanan AUG 2024.
Apa yang
membanggakan pasukan petanque Malaysia berjaya meraih insentif berjumlah
RM6,000 atas pencapaian membanggakan di kejohanan tersebut – bukti keampuhan
sukan universiti Malaysia pada peringkat serantau.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mohd Zool Fazlee atas kejayaan ini. Komitmen beliau membimbing pasukan sehingga berjaya di arena ASEAN amat membanggakan POLIMAS dan Malaysia.
"Kami percaya pencapaian ini mampu menjadi pencetus inspirasi buat seluruh warga institusi,” menurut kenyataan rasmi pihak pengurusan POLIMAS.

Sementara
itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris turut
menzahirkan rasa bangga atas pengiktirafan yang diterima oleh pensyarah
berkenaan.
“Pencapaian
Mohd Zool Fazlee bukan sahaja membanggakan, malah membantu melonjakkan nama
POLIMAS sebagai institusi yang bukan sahaja melahirkan pelajar cemerlang,
tetapi juga tenaga pengajar berkaliber yang menyumbang pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
“Kejayaan
ini akan meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelajar bahawa POLIMAS adalah
destinasi pilihan terbaik untuk melanjutkan pengajian,” katanya.
Mohd Zool
Fazlee bukan sahaja telah membuktikan keupayaan sebagai pengurus sukan
berwibawa, malah kini terus mencari bakat bakat baru dalam kalangan pelajar POLIMAS
dalam sukan petanque kususnya, untuk dibawa ke Kejohanan Petanque yang
seterusnya. - KitaReporters