Seni & Sukan 16 Jul, 2023

Video| Zulkarnain nama anak kedua Neelofa? Ramai mula berteka-teki! Sepatutnya nama itu untuk Bilal?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Segalanya mengenai diri selebriti Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan orang sekelilingnya sentiasa mendapat perhatian ramai.

Neelofa yang juga merupakan ahli perniagaan melahirkan anak kedua, juga lelaki, hasil perkahwinan dengan Muhammad Haris Ismail, 28, tapi lebih dikenali sebagai PU Riz pada Selasa 11 Julai 2023, jam 10.45 malam.


Seperti biasa, ramai tidak sabar ingin menyaksikan wajah anak kedua Neelofa dan PU Riz. Namun seperti biasa kedua-dua selebriti ini, Neelofa dan PU Riz tidak akan terus memaparkan wajah anak kerana takut terkena penyakit ‘ain’. 

Seperti anak pertama Muhammad Bilal, wajahnya hanya dipamer dalam sosial media setelah lebih 8 bulan. 

Bilal lahir pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang dan wajahnya hanya dipamer pada dalam Instagram pada 12 Oktober 2022 iaitu selepas kira-kira 8 bulan kelahiran.

Mengenai nama, pasangan selebriti ini berjanji akan mendedahkannya pada hari ketujuh kelahiran atau Isnin, 17 Julai 2023. Ramai yang tidak sabar menanti nama anak lelaki kedua Neelofa da PU Riz.

Adakah benar nama anak kedua Neelofa dan PU Riz itu nanti adalah Sulaiman atau Muhammad Sulaiman???

Neelosa dan Haris mengumumkan kelahiran anak kedua mereka dalam IG masing-masing

Dalam salah satu episod dalam program Next To Neelofa di AstroRia tahun 2022, dalam perbualannya dengan bintang undangan dari Indonesia, Oki Setiana Dewi, yang merupakan pelakon dan pendakwah, Neelofa menyatakan anak pertamanya sepatutnya diberi nama Sulaiman. Namun atas sebab tertentu namanya kemudian ditukar kepada Muhammad Bilal. 

Menurut Neelofa, nama Zulkarnain mungkin diberi kepada anak lelaki keduanya.

Neelofa dan PU Riz yang semakin mendekati agama menyatakan akan memberi nama anak yang mempunyai erti kebaikan. 

Zulkarnain merupakan satu tokoh yang disebutkan dalam al-Qur'an yang dikatakan sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok penahan Yakjuj dan Makjuj.

Adakah Neelofa akan tetap menunaikan hasratnya untuk meletakkan nama Zulkarnain untuk anak lelaki keduanya.


Neelofa dan suami hanya mendedahkan wajah Bilal setelah 8 bulan lahir.


Pasangan Neelofa dan Haris dijangka akan dapat mempunyai lebih ramai anak lagi. 

Sehubungan itu, kini ramai tertanya-tanya adakah betul PU Riz akan melanjut pelajaran ke Mesir atau Arab Saudi dan Neelofa akan turut serta bagi mengambil kursus bagi mendalami Bahasa Arab.

Ikut jadual PU Riz akan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana pada awal tahun 2023, namun tergendala kerana Neelofa sedang mengandung. Mungkin hasrat itu akan diterus setelah anak kedua dapat berjalan.

Neelofa dan PU Riz berhasrat anak-anak mahir bahasa Arab, Dan tinggal di negara Arab untuk beberapa ketika adalah cara terbaik untuk mahir berbahasa Arab. - KitaReporters

13
8
0
12
0
You will be interested