Seni & Sukan 28 Sep, 2023

Sukan Asia 2022: Emas pertama buat Qabil Ambak pada Sukan Asia! Malaysia tambah koleksi pingat emas!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Qabil Ambak menghadiahkan emas kedua buat Malaysia dan pertama buat dirinya sejak menyertai Sukan Asia dari tahun 1998.


Kontinjen negara terus menambah koleksi pingat dan kali ini ia hadir dari sukan equestrian menerusi Qabil Ambak Mahamad Fathil untuk memberikan emas kedua buat Malaysia pada 28 September 2023.

Qabil yang turun dalam acara dressage individu beraksi di Pusat Equestrian Tonglu ternyata berada di kelas tersendiri untuk mengetepikan pesaing yang lain termasuk pemenang pingat pada edisi 2018.

Atlet berusia 43 tahun bersama kudanya Rosenstolz ini berjaya menawan hati para juri dengan untuk mengumpul 75.780 mata sekali gus menjelmakan emas buat dirinya. 


Qabil Ambak bersama kudanya Rosenstolz berjaya memberi aksi terbaik sekali gus juri memberikan markah tertinggi buat dirinya. 


Lebih manis, itu adalah emas pertama buat dirinya sepanjang menyertai Sukan Asia sejak 1998 kerana pada edisi sebelum ini, beliau sekadar mampu memenangi pingat perak dan gangsa. 

Pingat perak dimenangi Jacqueline Siu dari Hong Kong dengan mengumpul 73.50 mata manakala peserta dari India, Anush Agarwalla pula meraih 73.030 untuk pingat gangsa. 

Jika di ASEAN, Qabil adalah jaguh dalam acara tersebut dalam sering menghadiahkan pingat emas hampir kesemua Sukan SEA yang disertainya. - KitaReporters

16
12
0
14
0
You will be interested