Seni & Sukan 05 Dec, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Juara bertahan teruskan kemaraan! Perancis tewaskan Poland 3-1! Temu England!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PERANCIS tiada masalah untuk mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Poland 3-1 pada pusingan kalah mati dalam perlawanan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Al Thumama pada 4 Disember 2022. 

Dua gol serta satu bantuan gol dari pemain muda, Kylian Mbappe membolehkan Perancis mencatat kemenangan selesa dalam perlawanan tersebut. 

Beliau juga pilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas memberi aksi terbaik sepanjang permainan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Poland sedar mereka menghadapi lawan sukar dan terpaksa bermain secara bertahan untuk mengelak dibolosi gol. 

Penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny terpaksa bekerja keras bagi menafikan segala percubaan dari pasukan lawan. Tanpa kecekapan beliau, Poland pasti sudah dibolosi lebih awal. 

The Blues terpaksa menunggu sehingga minit ke-44 untuk membuka jaringan menerusi Olivier Giroud.

Jaringan Giroud tersebut merupakan jaringan ke-52 beliau bersama skuad kebangsaan dan beliau menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman mengatasi Thierry Henry



Mbappe pula mencetak dua gol pada minit ke-74 dan minit ke-91 untuk membawa Perancis ke pusingan seterusnya. 

Jaringan sagu hati Poland hadir pada hujung permainan menerusi ketua pasukan mereka, Robert Lewandowski menerusi sepakan penalti. 

Pada suku akhir nanti, England menanti Perancis untuk membuat perhitungan ke separuh akhir. - KitaReporters


13
10
0
18
0
You will be interested