Seni & Sukan 16 Dec, 2022

Tiada persaingan! JDT bolot hampir semua Anugerah Bola Sepak Kebangsaan! Arif Aiman paling bernilai!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PEMAIN-PEMAIN dari Johor Darul Ta'zim (JDT) FC membolot sebahagian besar Anugerah Bola Sepak Malaysia (ABK) yang diadakan secara dalan talian pada 15 Disember 2022.

Ini melengkapkan lagi tahun gilang-gemilang buat JDT selepas mereka memenangi kesemua piala utama liga yang dipertanding pada tahun 2022 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Johor Darul Ta'azim (JDT) FC


Paling mencuri tumpuan atau dinanti-nantikan adalah anugerah Pemain Paling Bernilai di mana, Arif Aiman Hanapi berjaya mengekalkan kemenangan untuk dua tahun berturut-turut

Arif dipilih selepas menyaksikan dirinya berjaya membantu JDT memenangi pelbagai kejuaraan dan berjaya melakukan 16 bantuan gol kepada rakan sepasukan.

Bukan itu sahaja, beliau juga memenangi Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik

JDT turut memenangi Pasukan Terbaik 2022, Pertahanan Terbaik dan Pemain Tengah Terbaik yang dirangkul oleh Shahrul Saad dan Afiq Fazail. 



Bergson da Silva pula memenangi dua anugerah Penyerang Terbaik dan Kasut Emas selepas mencipta rekod baharu Liga Super dengan 29 jaringan.  

Sementara penyerang muda JDT II, K. Darly Sham turut menempatkan diri apabila memenangi Penjaring Terbanyak kategori Liga Premier. 

Dek kerana prestasi Harimau Selatan yang begitu dominan tahun ini sehingga tidak tewas dalam apa jua pertandingan Liga Malaysia, tujuh pemain mereka telah disenaraikan dalam kesebelasan terbaik untuk tahun 2022.

ABK diadakan bagi menghargai penat lelah pemain sepanjang musim dan sudah pasti kemenangan ini akan menaikkan lagi moral pemain untuk memburu lebih banyak kejayaan. 

Bagi mereka yang belum memenangi anugerah tersebut, ia menjadi pembakar semangat untuk merebut anugerah dari pemenang sebelum itu. - KitaReporters


Foto Kredit : FB JDT

18
16
0
10
0
You will be interested