Seni & Sukan 05 Nov, 2022

PRU15: Pertembungan menarik di Parlimen Besut! UMNO lawan bekas UMNO! Ada hubungan kekeluargaan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Calon Parlimen Besut dari kiri Nawi Mohamad, Abd Aziz Abas, Wan Nazari Jusohdan Cik Mohamad Zulkifly Jusoh.


PERTEMBUNGAN empat calon merebut kerusi Parlimen Besut menarik perhatian pengundi di Parlimen tersebut kerana pencalonan mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) disifatkan sebagai keluarga UMNO

Ini kerana kesemua empat calon yang disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas penamaan calon di Pejabat Daerah Besut pada 5 November 2022 ditutup dengan hanya empat calon mewakili Barisan Nasional (BN) Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU)

Idris Jusoh bersama calon BN Nawi Mohamad (empat dari kiri)


Menariknya keempat-empat calon terbabit, Datuk Nawi Mohamad dipilh mewakili BN adalah ahli UMNO, manakala Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN), Abd Aziz Abas (PH) dan Datuk Wan Nazari Jusoh (GTA) adalah semua dari parti UMNO juga.



Abd Aziz Abas mewakili parti Amanah (PH) adalah bekas ahli UMNO dan pernah menjadi wakil rakyat di DUN Kota Putera, manakala Che Mohamad Zulkifli sebelum ini bekas Ahli Parlimen Setiu yang mewakili BN pada PRU13.

Manakala Wan Nazari adalah bekas ahli UMNO dan pernah bertanding kerusi Parlimen Besut mewakili PH pada PRU14 tetapi tewas kepada Tan Sri Idris Jusoh.



Pertembungan empat penjuru mewakili parti-parti utama di Parlimen tersebut dijangka menarik perhatian kerana semua calon adalah anak tempatan malah ada antara mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.


Abd Aziz Abas


Sementara itu, bekas penyandang kerusi Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh yang menarik diri daripada dicalonkan membuat kejutan apabila muncul sebagai pencadang kepada calon BN, Nawi Mohamad.


Wan Nazari Jusoh


Kehadiran Idris yang juga Pengerusi FELDA bukan sahaja mengejutkan penyokong parti lain malah kemunculan beliau bersama calon BN membakar semangat kepada pengundi BN. 

Idris yakin penggantinya Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, mampu mempertahankan kerusi BN di Parlimen Besut walaupun terpaksa bersaing dengan rakan-rakan lama yang sebelum ini sama-sama berjuang dalam UMNO tetapi kini sudah menyertai parti lain. - KitaReporters


16
17
4
12
0
You will be interested