Seni & Sukan 09 Dec, 2022

Video| Tahniah Reen Rahim! Bakal disatukan dengan Mr H hujung Dis 2022! Dapat tajaan bernilai RM15j!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Reen Rahim dalam pelbagai gaya. - Kredit foto: IG reen-rahim

PELAKON jelita, Reen Rahim, atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, membuat kejutan dengan mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka pilihan dikenali sebagai Mr H yang berusia 28 tahun, seorang ahli perniagaan dan penggiat seni

Majlis akad dan persandingan bakal berlangsung di Putrajaya sekitar hujung Disember 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis perkahwinan



Dan yang paling membanggakan, majlis perkahwinan Reen Rahim dan Mr H ditaja sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bidang  meliputi majlis berinai, akad dan resepsi. Kesemua majlis diurus oleh rakan-rakannya. 

Reen bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka yang mencuri hatinya dan tarikh perkahwinan kerana mahu menjaga privasi. 

Reen mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu pada Ogos 2022 lalu, namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Kedua-duanya sebelum ini sudah berkawan selama dua tahun, namun hanya sejumlah kenalan rapat yang dapat menghidu hubungan mereka.



Dalam sidang media khas pada Khamis, 8 Disember 2022, Reen menceritakan detik pertemuan dengan bakal suami iaitu ketika menjalani sesi latihan untuk sebuah drama kira-kira dua tahun lalu. 

"Perkahwinan tiada dalam agenda kami kerana tidak mahu terikat dengan komitmen tapi pada masa sama kami saling menyukai antara satu sama lain.

"Tak tahulah apa agaknya doa keluarga, akhirnya kami berdua terbuka hati untuk menghalalkan ikatan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat," katanya kepada media.



Tambah Reen, dia tertarik dengan Mr H kerana jejaka ini mempunyai sifat penyayang selain mampu mengawal dirinya yang sentiasa aktif. 

Sifat bakal suaminya itu membuat Reen mahu bergantung hidup kepada seseorang. Sedangkan selama ini dia seorang wanita berdikari.

"Dia ada pengalaman jadi babysitter, saya pula jenis 'kanak-kanak riang', tak semua lelaki boleh tahan dan jinakkan saya. Tetapi  tetapi dengan Mr H saya mahu dikawal dan dia berjaya berbuat demikian," kata Reen yang tinggal di Klang, Selangor.



Tambah pelakon jelita ini, dia mula jatuh hati dengan Encik H sehingga tidak boleh tidur malam selepas pertemuan pertama sehingga ibunya meminta dia buat solat istikharah bagi mencari jawapan.

"Masa pertama kali bertentang mata, saya rasa ada sesuatu yang lain tapi dia sombong betul, pandang pun tidak. Waktu dia ajar pun dia tak pandang mata saya. Tapi sejak itu asyik teringatkan dia sampai tak boleh tidur malam.

"Ibu sampai suruh saya buat solat istikharah, taubat dan tahajud... bukan apa takut kalau saya kena buatan atau apa sebab saya suka dia sangat. Saya mimpi dia berulang kali tapi tetap tak mengaku menyukainya dan masih berkawan seperti biasa.

Tambah Reen, ketika menunaikan umrah bersama, ayah dan ibunya berdoa depan Kaabah agar diberi petunjuk tentang jodoh dan Alhamdulillah selepas pulang kami berdua rasa lain dan ingin membawa hubungan itu ke tahap seterusnya. 

Reen berdoa di hadapan kaabah untuk diberi petunjuk mengenai jodoh. - Kredit foto: IG reen-rahim

Reen bersama ayah dan ibu ketika menunaikan umrah. Kredit foto: IG reen_rahim

Reen yang mempunyai diploma dadanan rambut mula berlakon sejak  2002 setelah menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, ‘Pilih Kasih’ musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama ‘Aku Tak Percaya Cinta’ yang disiarkan di TV3. Reen telah berlakon dalam sejumlah drama dan filem.

Filem terakhirnya ialah ‘Daddyku Gangster’ yang mula ditayang pada 1 Disember 2022. - KitaReporters

9
11
0
14
0
You will be interested