Seni & Sukan 13 Oct, 2022

Video| Pelakon veteran Hisham meninggal dalam keadaan terkilan! Dakwa dilupakan produser, pengarah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Inna lillah wainna ilaihi rajiun.. Pelakon veteran Hisham Ahmad Tajudin, 76, meninggal dunia pada jam 4.30 petang, Rabu, 12 Oktober 2022 selepas dirawat di Hospital Shah Alam (HSA) akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Hisham pergi dengan tenang di sisi anggota keluarga. 

Hisham ditidurkan di Unit Kebergantungan Tinggi (HDU), HSA sejak akhir bulan September 2022, menghembuskan nafas terakhir di hadapan anggota keluarga, kata anaknya Aqeela, 26.

Tambahnya, pihak hospital memberitahu ayahnya dalam keadaan tenat dan anggota keluarga dibenar melawatnya sehingga meninggal dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon-pelakon veteran


Hisham dimasuk ke Hospital Shah Alam (HAS) pada 29 September 2022, selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan

Allahyarham Hisham ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.

Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam, Seksyen 27 di Shah Alam pada 13 Oktober 2022.



Allahyarham Hisham mula aktif berlakon pada tahun 1980.

Filem pertama lakonannya ialah ‘Tsu-Feh Sofiah' arahan Datuk Rahim Razali pada 1986. Dan lakonan filem terakhirnya ialah ‘Syurga Cinta’ pada 2009.

Filem-filem lain yang pernah dilakonnya ialah ‘Perempuan’ (1988), ‘Wira Angkasa’ (1987), ‘Hanny’ (1993), ‘Putera’ (1995), ‘Black Maria’ (2003), ‘ Kemarau Cinta’ (2005), ‘Qabil Khusry Qabil Igam’ (2007), ‘Selamat Pagi Cinta’ (2008) dan ‘Syurga Cinta’ (2009). 

Hisham juga berlakon dalam puluhan  drama. Antara drama popular lakonannya adalah ‘Dalam Hati Ada Cinta’ (2004), ‘Dalam Hati Ada Cinta 2’ (2005) dan ‘Tok Ayah’ (2014).

Beberapa bulan lalu dalam temu bual dengan sebuah portal, Hisham yang merupakan pesara kerajaan ini merasa terkilan apabila dilupakan produser dan pengarah sedangkan dia masih boleh berlakon. 

Al-Fatihah. - KitaReporters


11
11
0
11
0
You will be interested

Video| Tak Sempurna tampilkan sisi berbeza Aril Pilus! Kembalikan kenangan muzik EDM, tarian shuffle!

Aril Pilus pelakon penyanyi pengacara penyampai radio hiburan single lagu Tak Sempurna EDM electronic dance music tarian shuffle Rocketfuel Entertainment

Fariza Saidin in Seni & Sukan 1 week ago

Video| Untung! Suami ucap Selamat Hari Lahir kepada isteri guna billboard! Macam calon pilihan raya!

Ketika kempen pilihan raya Indonesia atau lebih tepat Pemilihan Umum Indonesia (
Fauzan Uda Ahmad in Seni & Sukan 4 days ago

Restu Global Quranic Arts Festival! 23 Feb - 3 Mac 2024! Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14 Putrajaya!

Nasyrul Quran akan mengadakan satu festival yang dinamakan Restu Global Quranic
Editor 2 in Seni & Sukan 4 days ago

Video| Anak Pemilu 2024! Bayi diberi nama M Prabowo Gibran! Dilahirkan pada hari pengundian Pilpres!

Bayi lelaki hari kelahiran Muhammad Prabowo Gibran Pemilihan Umum Pemilu pilihan raya Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Prabowo Subianto Gibran Rakabuming Raka
Fauzan Uda Ahmad in Seni & Sukan 1 week ago