Seni & Sukan 27 Sep, 2022

Video| Danial minta maaf, reda dikutuk gagal hos GV9! Bidan terjun! Dapat skrip 2 jam sebelum show!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

KELINCAHAN Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam mengendalikan program Gegar Vaganza (GV) memang susah untuk dinafi

Kedua-duanya mampu membuat persembahan bersahaja yang disenangi penonton lalu menyebabkan mereka dapat bertahan sebagai hos sejak musim pertama

Walaupun masih belum dapat meniru gaya persembahan Jihan Muse yang sedang berpantang, namun persembahan Elly Mazlein sebagai pengganti tidak begitu mendukacitakan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerjaya pengacara


Namun apabila Nabil Ahmad berhalangan untuk muncul, mencari pengantinya bukan mudah. 

Walaupun penganti yang dicari mempunyai kebolehan berlawak, namun ia tidak mencukupi. Ini kerana mengendalikan program GV mempunyai trik tersendiri.

Kerana menjadi ‘bidan terjun’, pelawak Danial Zaini menjadi mangsa kutukan penonton baik di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam mahupun di rumah serta alam maya.


Danial reda menerima kutukan dan menjadi pengajaran untuk menjadi hos yang lebih baik pada masa hadapan.

Menurut Danial dia diberi tugas mengantikan Nabil sekitar jam 4 petang sebagai bidan terjun dan terpaksa mencari pakaian pada saat akhir.

Katanya, dia menerima arahan daripada pihak produksi GV9 bagi minggu ke-2. Ketika itu dia memang sudah berada di auditorium kerana dia terbabit dalam program GV Live +. 

Tanpa ‘reheasal’. dia hanya dapat skrip 2 jam sebelum pertandingan bermula.

Difahamkan Nabil menyertai program The Toyota Gazoo Racing musim ke-5 pada masa yang hampir sama.

Dalam pada itu, Danial berkata pasti ramai yang akan membandingkan dirinya dengan Nabil yang sudah lama mengacarakan program tersebut serta reda dengan kecaman diterima.



“Saya masih baru dalam bidang pengacara. Saya faham dan hadap benda ini sebagai anak seni. Namun, saya tetap bangga dapat peluang menjadi pengacara GV

"Saya minta maaf kepada peminat GV. Ada yang kata saya rosakkan program dan anggap saya pengacara paling teruk, tapi saya reda dan terima.

“Ini pengajaran untuk saya tetapi saya tetap akan terus belajar. Saya hanya melakukan kerja untuk mencari nafkah,” katanya kepada dalam Instagramnya.


Walaupun Danial menerima pelbagai kutukan termasuk dalam media sosial, namun kontroversi itu turut membantu ‘seniman muda’ ini untuk kembali popular.

Ramai yang membuka laman Wikipedia untuk melihat biodata Danial Zaini yang juga dikenali sebagai Danial Tiro.

Bekas juruvideo Utusan Melayu ini mula mencipta nama setelah menjuarai program ‘Lawak Solo’ pada 1996. Dia turut menyertai sejumlah pertandingan lawak terbitan Astro Warna dengan menyertai beberapa kumpulan lawak.



Danial turut berlakon dalam beberapa filem dan drama TV. Danial juga menjadi penyiar radio dengan Era sejak 2019 dengan mengendali rancangan ‘Port ERA’.

Danial turut memperlihat kebolehan menyanyi  bermula 2018 dengan lagu ‘Siti Bilang Cuti’ dan ‘Siti Bilang Raya’ ciptaan Harry Khalifah.

Ternyata Danial yang berusia 38 tahun dan lahir pada 27 September 1993 ini ‘seniman muda’ berbakat besar. Dia baru berkahwin dengan Yasmine Umara Yahya pada 2 Julai 2022. - KitaReporters


12
9
0
7
0
You will be interested